Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBakal calon PRK Kemaman disaran isi borang, buat semakan sebelum hari penamaan

    Bakal calon PRK Kemaman disaran isi borang, buat semakan sebelum hari penamaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu bagi memastikan kelancaran proses pada penamaan Sabtu ini.

    Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak juga menyarankan agar pembayaran deposit dibuat lebih awal dan resit pembayaran dibawa ke Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman pada hari berkenaan.

    “Bagi bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid (gambar, bawah) pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

    SPR menetapkan hari mengundi pada 2 Dis manakala 28 Nov ini sebagai pengundian awal.

    Ikmalrudin turut mengingatkan bahawa hanya seorang pencadang dan seorang penyokong dibenarkan mengiringi setiap calon untuk memasuki PPC manakala penyokong lain dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang ditetapkan.

    “Penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi apa jua jenis kenderaan juga tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

    Beliau menyeru kesemua calon dan parti politik yang terlibat dalam PRK itu agar mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan dikeluarkan SPR, Polis Diraja Malaysia serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Kesemua calon, katanya, adalah tertakluk kepada undang-undang kecil PBT bagi urusan mempamer dan mengedarkan bahan kempen yang mengandungi gambar calon, lambang, simbol parti serta gambar pemimpin parti gabungan atau komponen diwakili mereka.

    ALSO READ:  Hanya penyesalan Najib boleh selamatkan kerajaan dari kecaman

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts