Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBakal jemaah haji terkandas di Makkah, k'jaan cari penyelesaian

    Bakal jemaah haji terkandas di Makkah, k'jaan cari penyelesaian

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia yang didakwa terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (gambar bawah) berkata hal ini termasuk pilihan membawa pulang kesemua jemaah terbabit ke Malaysia.

    “Buat masa ini kita sedang lakukan siasatan dan setakat ini juga kita belum dapat sahkan jumlah mereka yang terkandas.

    “Namun, kita juga sentiasa berhubung dengan Konsulat Malaysia (di Jeddah) kerana ia merupakan tanggungjawab bersama demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri International Waqf Conference 2024 (IWC24) di ibu negara hari ini.

    Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 bakal haji Malaysia yang kini di Makkah terkandas apabila agensi umrah yang menguruskan perjalanan mereka, gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini.

    Difahamkan, kumpulan bakal haji terbabit terperdaya dengan tawaran pakej haji yang murah selain menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu oleh agensi berkenaan.

    Susulan itu, TH meminta jemaah terlibat membuat aduan atau laporan rasmi kepada TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

    Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts