Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBan pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani

    Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak – Saarani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Banjir melanda di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas bermula dari ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong, di Teluk Intan.

    Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menyatakan bahawa sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta khas untuk pembinaan ban bagi mengelak kejadian banjir berulang, namun proses pelaksanaan projek tersebut masih berjalan.

    Menurutnya, peruntukan RM10 juta itu dilaksanakan sebelum kejadian ban pecah tersebut, dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah mengenal pasti berlakunya kejadian yang serupa di kawasan lain.

    “Ban yang dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, tapi ada ban lain yang terputus. Inilah yang menyebabkan air masih terus masuk.

    “Air jika ada lubang sedikit pun, ia akan masuk secara menderu hingga menyebabkan ban pecah yang mengakibatkan banjir dan sukar untuk mengalir keluar ke sungai.

    “Ini menyebabkan air mengambil masa lama untuk surut,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Chikus di Teluk Intan hari ini.

    Terdahulu, beliau turut melawat PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak bersama Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Salbiah Mohamed.

    Mengulas mengenai penghijrahan mangsa banjir di Changkat Jong ke tempat baru, Saarani berkata terdapat beberapa kekangan termasuk kewangan.

    “Perkara ini telah dibangkitkan sebelum ini dan cadangan supaya diberikan tapak baru bagi menempatkan keluarga yang selalu dilanda banjir ini jauh dari kawasan sungai, namun ia bergantung kepada mangsa banjir itu sendiri yang harus mempunyai modal untuk membina rumah baru.

    “Kerajaan Negeri boleh mencari tanah untuk mendirikan rumah. Premium tanah biasanya RM500 sahaja, tidak mahal, tetapi kos membina rumah yang tinggi itu belum termasuk kos infra terutamanya jalan masuk ke tempat baru tersebut yang mungkin menelan belanja yang tinggi,” katanya.

    ALSO READ:  Tindakan KDN rampas buku adalah barbarik, kata pemilik

    Saarani berkata kerajaan Negeri sudah memindahkan 15 keluarga dari Lorong Mesra Batu 7½ Changkat Jong yang paling terkesan banjir sebelum ini, ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Laksamana, Teluk Intan sejak enam bulan lepas.

    Beliau berkata pihaknya juga telah meminta JPS untuk memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja pembinaan ban baru selain menyambung semula ban yang pecah.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts