Seorang wanita suri rumah berusia 34 tahun telah mengaku bersalah kerana tanpa sengaja memberikan bayi lelakinya yang berusia setahun empat bulan susu yang dicampur dengan cecair yang mengandungi dadah jenis methamphetamine atau lebih dikenali sebagai ‘syabu’.
Nabila Huda Fadli, 34 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Dr. Syahliza Warnoh.
Bagaimanapun, suaminya yang juga bapa kepada bayi tersebut, Sofian Mustapa Zain, 40 tahun, pula memilih untuk tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.
Kedua-dua pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bersamaan dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000, penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya.