Hartawan Daim Zainuddin menyeru orang ramai bangkit melawan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat selepas dia diheret ke mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.
āSaya gesa kamu, rakyat Malaysia, buatlah apa yang kamu mampu untuk melindungi dan menyelamatkan negara ini.Ā
āJangan teragak-agak dan hangan takut untuk berdepan Anwar dan rejimnya,ā katanya.
Daim, orang kepercayaan perdana Menteri sebelum ini Mahathir Mohamad, juga mendakwa pentadbiran ini menyalahgunakan kuasa serta mengkhianati janji reformasi.
āMusang berbulu ayam teriak reformasi, tetapi apa yang berlaku sebaliknya,ā katanya.
[Baca berita asal]