Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBangsa Johor diajak bersolidariti untuk Palestin Ahad ini

    Bangsa Johor diajak bersolidariti untuk Palestin Ahad ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seluruh rakyat di Johor diajak untuk bersama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam acara yang akan diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru Ahad ini.

    Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook hari ini mengajak warga Johor untuk sama-sama menyertai majlis bacaan Yasin, tahlil serta solat hajat Bangsa Johor sebagai satu daripada inisiatif dalam usaha memohon kemenangan atas perjuangan rakyat Palestin.

    “Ayuh seluruh Bangsa Johor! Sama-sama kita hadir ke Solidariti Bangsa Johor pada Majlis Yasin, Tahlil dan Solat Hajat Bangsa Johor untuk Palestin peringkat Negeri pada 19 Nov ini.

    “Panjatkan doa dan teguhkan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin.

    “Sama-samalah kita berdoa agar penderitaan dan penindasan ini digantikan dengan cahaya keamanan dan keadilan agar kembali menyinari bumi Palestin. Insya-Allah, ” katanya menerusi hantaran tersebut.

    Tiga hari lepas, Onn Ghazi membangkitkan isu mengenai krisis kemanusiaan dan tragedi yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza itu ketika bercakap pada Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023, sebuah platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dianjurkan di Johor Bahru.

    Pertempuran di antara Hamas, pihak berkuasa di Semenanjung Gaza dan rejim Israel yang masuk hari ke-40 hari ini sudah mengorbankan ribuan nyawa dengan angka korban di Palestin telah melebihi 11,000 orang.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts