Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBanjir: 1,684 mangsa di 4 Negeri setakat 6 pagi

    Banjir: 1,684 mangsa di 4 Negeri setakat 6 pagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 1,684 mangsa banjir masih berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor setakat 6 pagi ini.

    Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa tertinggi masih direkodkan di Terengganu dengan 1,378 orang ditempatkan di 14 PPS di Dungun.

    Johor merekodkan 235 mangsa dengan ditempatkan di sebuah PPS di Kota Tinggi dan Mersing; Kelantan (43 mangsa, satu PPS di Tanah Merah) serta Pahang (28 mangsa, dua PPS di Rompin).

    Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

    Antara sungai terlibat ialah Sungai Endau di Mersing, Sungai Punggai dan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor); Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah); Sungai Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Klang di Petaling (Selangor), Sungai Dungun serta Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

    NADMA turut memaklumkan 34 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh antaranya di Trolak Selatan di Batang Padang, Perak; Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor dan Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts