Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBanjir: Jumlah mangsa di Selangor terus menurun, Perak kekal

    Banjir: Jumlah mangsa di Selangor terus menurun, Perak kekal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Banjir di Selangor menyebabkan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun pagi ini kepada 381 orang daripada 101 keluarga berbanding 429 orang dari 110 keluarga semalam.

    Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat lapan PPS yang beroperasi di Negeri itu, lima di daerah Sepang dan tiga di Kuala Langat.

    Sementara itu di Perak, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal dengan 496 orang daripada 150 keluarga ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, di Hilir Perak sebanyak 166 orang daripada 52 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 130 orang daripada 42 keluarga.

    “Seramai 46 orang daripada 13 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus,” menurut kenyataan itu.

    Mangsa banjir di daerah Kerian kekal 97 orang daripada 24 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga di PPS SK Alor Pongsu.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts