Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBanjir: Kelonggaran pakaian ke sekolah legakan waris

    Banjir: Kelonggaran pakaian ke sekolah legakan waris

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Langkah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memberi kelonggaran kepada pelajar untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa memberi kelegaan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

    Salmah Md Nooh, 53, berkata keputusan itu membolehkan dia mengambil sedikit masa untuk membuat persiapan kerana dia dan ahli keluarganya baru sahaja pulang ke rumah selepas tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS).

    Kata Salmah, pakaian sekolah anaknya yang belajar di tahun satu di SK Pengkalan Kubor 1 juga rosak akibat bencana alam itu.

    “Rasa seronok sebab kelonggaran ini diberikan, murid tidak perlu memakai uniform sekolah buat sementara waktu.

    “Saya pun tak perlu tergopoh-gapah mencari uniform sekolah di rumah yang masih dalam proses pembersihan,” katanya ketika ditemui Bernama di Tumpat hari ini.

    Tinjauan Bernama di sekitar jajahan Tumpat mendapati rata-rata pelajar sekolah hadir untuk meneruskan penggal ketiga kalendar akademik sesi 2023/2024 dengan berpakaian sukan.

    Bagi Haznida Husin, 37, yang merupakan ibu kepada pelajar tahun dua, kelonggaran itu juga boleh menggelakkan pelajar yang terjejas banjir daripada berasa malu untuk hadir ke sekolah dengan pakaian yang kotor akibat ditenggelami air.

    “Memang ada baju rosak sebab banjir, jadi apabila pakai baju sukan anak-anak tidak perlu datang ke sekolah dengan baju yang kotor, tidaklah mereka malu untuk ke sekolah dan berjumpa dengan kawan-kawan.

    Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat Rozeman Din berkata langkah dilaksanakan JPN Kelantan itu juga mampu memingkatkan kadar kehadiran pelajar.

    “Memang tepat langkah ini kerana ia menjamin keselesaan murid untuk datang ke sekolah ia terbukti meningkatkan peratus kehadiran murid.

    “Kebanyakan pelajar di sekolah ini terdiri daripada masyarakat B40. Jadi membenarkan mereka untuk pakai t-shirt sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan mereka dan keluarga setelah dilanda banjir” katanya.

    ALSO READ:  Raub wedding planner jailed two years for cheating

    Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan membenarkan pelajar sekolah yang terjejas banjir untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa, dan kelonggaran itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts