Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBanjir: Masjid, surau dibenar jadi PPS jika perlu - exco Johor

    Banjir: Masjid, surau dibenar jadi PPS jika perlu – exco Johor

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penggunaan masjid dan surau sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di Negeri ini dibenarkan sekiranya keadaan memerlukan.

    Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid (gambar bawah) berkata kebenaran berkenaan tidak pernah ditarik balik, setelah ia dilaksanakan pada banjir besar Mac tahun lepas.

    Beliau berkata berkaitan penyediaan makanan serta penggunaan tabung masjid untuk perbelanjaan awal juga tetap sama sebagaimana yang diguna pakai seperti banjir yang lepas.

    “Setakat ini, Alhamdulillah, keadaan banjir semakin pulih dan diharapkan tiadalah banjir besar sebagaimana yang berlaku pada Mac tahun lalu (2023) sehinggakan memerlukan masjid dan surau sebagai PPS.

    “Bagaimanapun, sekiranya berlaku perkara yang di luar jangkaan dan memerlukan penggunaan masjid sebagai PPS, tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari, di Ayer Hitam semalam.

    Sepanjang tempoh banjir kali ini, hanya satu masjid iaitu Masjid Kampung Tengah Renggam, di Kluang dibuka untuk dijadikan PPS yang menempatkan 97 mangsa daripada 40 keluarga, tetapi operasi PPS itu telah ditutup pada Selasa lepas.

    Mohd Fared turut berkata bagi memudahkan urusan penyediaan makanan, jawatankuasa masjid dibenarkan menyediakannya pada hari pertama mangsa memasuki PPS sebelum diserahkan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts