Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBanjir T'ganu makin buruk: Lebih 4,700 mangsa di PPS

    Banjir T’ganu makin buruk: Lebih 4,700 mangsa di PPS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seramai 5,202 mangsa banjir berada 38 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga Negeri terjejas iaitu Terengganu, Kelantan dan Perak setakat 8 pagi ini. Situasi banjir di TERENGGANU semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan pagi ini meningkat kepada 4,787 berbanding 4,476 orang pada 10 malam.

    Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus paling teruk terjejas dengan 1,486 mangsa daripada 388 keluarga ditempatkan di 13 PPS manakala di Kuala Terengganu seramai 1,095 orang daripada 319 keluarga berlindung di lima PPS. Sementara itu, di Besut 637 mangsa daripada 148 keluarga dipindahkan ke empat PPS manakala di Marang, seramai 1,227 mangsa daripada 307 keluarga ditempatkan di tujuh PPS. Di Setiu pula, jumlah mangsa semakin berkurang apabila hanya lapan mangsa daripada tiga keluarga berlindung di sebuah PPS manakala Dungun menjadi daerah terbaru dilanda bencana itu dengan 23 mangsa daripada lima keluarga kini berlindung di sebuah PPS.

    Sementara itu, publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air menunjukkan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Sungai Setiu di Kampung Besut dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri berada pada tahap waspada manakala di Kuala Nerus, stesen Parit Utama di Padang Kemunting kini mencecah paras bahaya 3.95 meter. (m). Situasi banjir di Negeri itu juga menyebabkan beberapa jalan terpaksa ditutup termasuk Jalan Penghubung Lebuhraya Pantai Timur (LPT)-Bukit Payong dan Kampung Kelulut yang hanya dibuka kepada kenderaan berat.

    Di KELANTAN, 376 orang daripada 97 keluarga ditempatkan di tujuh PPS pagi ini, meningkat berbanding 316 orang daripada 80 keluarga malam tadi, menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Seramai 302 mangsa di jajahan Pasir Puteh berlindung di empat PPS, di Jajahan Bachok dua PPS dibuka menempatkan 69 mangsa manakala sebuah PPS beroeprasi di Jajahan Machang dengan lima mangsa berada di lokasi itu. Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras amaran apabila mencatatkan 8.37m.

    ALSO READ:  MP PAS rasa 'sakit hati' hutang Harakah dibangkitkan di Parlimen

    Di PERAK, jumlah mangsa di daerah Kerian kekal 39 orang daripada 14 keluarga yang berlindung di sebuah PPS di Alor Pongsu. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung sehingga esok. – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts