Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBanjir: Tiga sekolah di Johor Bahru ditutup

    Banjir: Tiga sekolah di Johor Bahru ditutup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga sekolah di Johor Bahru ditutup bermula hari ini akibat banjir, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh.

    Menerusi satu kenyataan ringkas semalam, beliau berkata tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara, dan SK Sungai Tiram, namun setakat ini tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersangkut akibat banjir di Negeri itu.

    “Mengikut kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek pada 2 Januari lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut membenarkan murid mangsa banjir memakai baju biasa ke sekolah,” katanya.

    Norlizah berkata seramai 48,276 pelajar di Negeri itu dijangka menduduki peperiksaan SPM dengan ujian lisan bermula hari ini diikuti ujian bertulis hingga 7 Mac, yang melibatkan 364 jumlah pusat peperiksaan dengan 4,205 petugas, 900 sukarelawan, dan 112 penyelia kawasan.

    Selain itu, 8,831 pelajar pula akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang pada 22 Januari hingga 6 Februari, melibatkan 75 jumlah pusat peperiksaan dengan 572 petugas peperiksaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts