Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBantu petani yang diusir di kawasan kamu, kata PSM pada PM

    Bantu petani yang diusir di kawasan kamu, kata PSM pada PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PSM menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelesaikan masalah pekebun sayur di kawasan parlimennya di Tambun Perak yang berhadapan dengan pengusiran secara paksa.

    Dalam memorandum yang diserahkan kepada pejabat Ahli Parlimen Tambun hari ini, PSM berkata: “Anwar mesti campur tangan untuk menyelamatkan mereka yang menghasilkan makanan untuk rakyat Malaysia.”

    “Pengusiran paksa ini yang membawa kepada kemusnahan tanaman dan ternakan kami akan menjejaskan sumber pendapatan keluarga kami.

    “Lebih-lebih lagi, aktiviti pertanian ini bukan sahaja untuk kepentingan keluarga kami. Umum mengetahui adalah penting untuk mengekalkan keselamatan makanan negara,” tambah mereka dalam memorandum itu.

    PSM juga menyatakan Anwar sendiri menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah melalui pengeluaran makanan dan ternakan ketika membentangkan Belanjawan 2024.

    “Petani di kawasan Kanthan merupakan pengeluar utama jagung di Malaysia. Jadi jika kita dihalau, ia akan menjejaskan bekalan makanan negara kita,” kata mereka.

    Pagi ini, aktivis PSM Chong Yee Shan mengalami kecederaan di mulut dan hidung ketika berlaku kekecohan apabila pegawai dari pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak cuba mengusir enam pekebun terbabit.

    PSM mendakwa seorang pegawai PTG telah menolak Chong menyebabkan dia terjatuh.

    Mengulas mengenai notis pengusiran pada 13 Okt ke atas enam petani yang diarahkan mengosongkan tanah mereka dalam tempoh tujuh hari, PSM berkata mereka telah mengusahakan tanah berkenaan berpuluh tahun untuk menanam sayur, buah-buahan dan menternak ikan di kawasan Kanthan.

    Menurutnya, agensi berkaitan juga sedar mengenai perkara itu.

    Notis pengusiran yang dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh menyatakan petani tersebut menduduki tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) tanpa kebenaran undang-undang.

    PSM menegaskan sejak 2010, petani terbabit melalui Persatuan Peladang Moden Chemor telah mengadakan beberapa perbincangan dengan PTG dan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh.

    ALSO READ:  22 tahun Dr M jadi PM masih cakap macam ini, keluh Menteri

    “Berikutan itu, PKNP mengeluarkan surat tawaran bertarikh 21 Nov 2012 kepada petani Kanthan. Surat tersebut menerangkan butiran pajakan tanah pertanian milik PKNP di kawasan Perak Hi-Tech Park kepada petani ini.

    “Ini adalah dua ekar tanah ganti untuk tempoh pajakan selama 30 tahun dengan kadar sewa RM40 ekar setahun.

    “Projek Perak Hi-Tech Park tidak dilaksanakan seperti yang dijadualkan, tetapi selepas persefahaman dicapai antara PKNP dan Persatuan Peladang Moden Chemor, peladang Kanthan dibenarkan untuk terus mengusahakan tanah ladang mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran oleh PKNP,” katanya.

    PSM berkata petani terbabit masih menunggu janji PKNP untuk memberi tanah ganti kepada mereka seperti yang ditawarkan dalam surat tawaran yang dikeluarkan pada 21 Nov 2012.

    “Bagaimanapun, kini petani di Kanthan bukan sahaja tidak menerima tawaran tanah ganti yang dijanjikan oleh PKNP, malah notis pengusiran dikeluarkan, bertujuan mengosongkan tanah itu bagi pihak PKNP,” tambahnya .

    PSM berkata petani telah menghantar surat melalui peguam kepada pihak berkuasa untuk meminta notis pengusiran itu dibatalkan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

    Tahun lalu, Malaysiakini melaporkan petani terbabit menaruh harapan agar Anwar memenangi kerusi parlimen Tambun pada pilihan raya umum ke-15 supaya “mimpi ngeri” mereka yang berlarutan sejak sekian lama berakhir.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts