Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBantuan awal dari Malaysia untuk Palestin tiba di Mesir

    Bantuan awal dari Malaysia untuk Palestin tiba di Mesir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pesawat kargo 9M-WCA yang membawa bantuan kemanusiaan dalam peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, di El-Arish pagi ini.

    Pesawat itu yang disewa khas oleh Kerajaan Malaysia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam dan tiba di El-Arish kira-kira pukul 8.50 pagi (2.50 petang waktu Malaysia).

    Perjalanan pesawat kargo ini melibatkan jarak sejauh 7,688 kilometer yang mengambil masa 15 jam. Pesawat terlebih dahulu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India dan seterusnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah (Emiriah Arab Bersatu), sebelum tiba di El-Arish.

    Barangan bantuan seberat 20 tan termasuk barangan perubatan, barangan bayi dan makanan itu telah diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.

    Lapangan Terbang Tentera El-Arish yang terletak dalam wilayah Sinai Utara, merupakan lapangan terbang yang berhampiran dengan sempadan Rafah, kira-kira 50 kilometer dan juga salah satu pusat penerimaan bantuan yang diselia oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

    Pada mulanya, bantuan ini dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, namun disebabkan lapangan terbang tersebut sudah tidak beroperasi sejak tahun lepas, pasukan Ops Ihsan diarahkan untuk mendarat di lapangan terbang tentera.

    Selepas bantuan ini melintasi sempadan Rafah, ia akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di sempadan Nitzana untuk diagihkan.

    Ops Ihsan merupakan satu inisiatif yang dilancarkan oleh Kementerian Luar bersama 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Aman Palestin, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).

    ALSO READ:  Nak dapat peruntukan kena runding dulu, kata Anwar

    Pelepasan bantuan kemanusiaan Ops Ihsan telah disempurnakan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta ketua perwakilan asing.

    Penerbangan penghantaran kedua sebanyak 20 tan barangan bantuan dijadualkan pada 10 November.

    Pertempuran terkini di Palestin antara Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts