Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBantuan khas RM300 untuk penjawat awam dibayar 10 Ogos

    Bantuan khas RM300 untuk penjawat awam dibayar 10 Ogos

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bantuan Khas Penghargaan (BKP) akan diberikan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan pada tahun 2023. Bayaran ini akan dibuat pada 10 Ogos.

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat edaran yang mengumumkan bahawa pegawai perkhidmatan awam kumpulan pengurusan dan profesional, serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah akan menerima bayaran sebanyak RM300.

    Ini termasuk pegawai dan lantikan kontrak.

    Bagaimanakah Cara Buat Semakan BKP?

    Anda boleh membuat rujukan rasmi mulai 10 Ogos 2023 di alamat Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Penerima BKP juga membabitkan pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pesara bersara pilihan, veteran berpencen dan mereka yang belum menerima pencen. Mereka akan menerima bayaran sebanyak RM200.

    Bayaran BKP hanya akan diberikan kepada penjawat awam yang masih berkhidmat pada 10 Ogos. Ini termasuk pegawai lantikan tetap, sementara, dan Contract of Service (COS). Selain itu, pegawai yang bercuti bergaji penuh, separuh gaji, dan tanpa gaji juga akan layak menerima bayaran tersebut.

    Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya dengan BKP ini pula bayarannya akan ditanggung oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu.

    BKP 2023 juga diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

    Selain itu, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatan juga layak menerima BKP 2023.

    Bayaran BKP bagi pesara kerajaan termasuk yang bersara selepas mencapai opsyen umur persaraan atau bersara atas sebab kesihatan akan dilakukan oleh JPA. Veteren berpencen dan tidak berpencen akan menerima bayaran dari Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

    ALSO READ:  Suspek tembak di KLIA sasar isteri, terkena pengawal peribadi

    Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 10 Ogos tahun ini juga layak menerima BKP RM300.

    Namun, pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf, pegawai yang memangku, dipinjam atau ditukar sementara, penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat, ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam, meletak jawatan dalam tempoh 1 Jan hingga 10 Ogos tahun ini, serta pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan tidak layak menerima bayaran BKP 2023.

    Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja, atau telah dikeluarkan surat pertuduhan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian BKP 2023.

    Bayaran BKP hanya akan diberikan selepas pegawai dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman, kecuali buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT, dan bayaran akan dibuat pada 10 Ogos oleh jabatan tempat pegawai berkhidmat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan tahun 2023 yang melibatkan lebih daripada 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts