Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBapa cuba bawa jenazah anak balik dari N Zealand

    Bapa cuba bawa jenazah anak balik dari N Zealand

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bapa kepada pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand semalam akan berlepas ke negara berkenaan malam ini bagi menguruskan jenazah anaknya.

    Datuk pelajar terbabit, Megat Khashusaini Megat Abd Rahman, 85, berkata anaknya Megat Irman Jefni, 49, ada memaklumkan hasratnya untuk membawa pulang jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif untuk dikebumikan di Perak.

    Bagaimanapun, katanya, keputusan itu belum muktamad.

    “Kami ada cadang, biarlah jenazah dikebumikan di sana kerana jika dibawa balik, prosesnya rumit; tetapi katanya dia mahu arwah ada ‘tanda’ di sini dan mudah untuk melawat kuburnya nanti.

    “Namun semua terserah pada keputusan dia,” kata Megat Khashusaini ketika ditemui di rumahnya di Gunung Rapat, Ipoh hari ini.

    Menceritakan detik dia dan isteri diberitahu ketiadaan Megat Ashman, 21, pesara itu berkata anaknya menelefonnya meminta datang ke rumah di Meru kerana ada “kejutan” untuk diberitahu.

    Apabila sampai ke rumah Megat Irman, anaknya itu terus memeluknya dan memberitahu Megat Ashman sudah meninggal dunia.

    “Saya lihat dia (Megat Irman ) tetap masih menelefon Aqif walaupun sebelum itu dia telah diberitahu Aqif telah tiada, telefon Aqif masih berdering tapi tidak ada siapa yang menjawab panggilan itu,” katanya sebak.

    Megat Khashusaini berkata dia difahamkan Megat Ashman berkonvoi bersama dua kenderaan lain yang terdiri rakan-rakan pelajar terbabit sebelum kenderaan yang dipandu cucunya di belakang sekali terpisah.

    “Rupa-rupanya kenderaan arwah telah terlibat dalam kemalangan, difahamkan berlanggar dengan sebuah motosikal dan terbabas,” katanya.

    Nor Hanita Meor Mohd Nor, 62, pula berkata Megat Ashman baru menyambut hari lahir pada 8 Mac lalu dan merupakan seorang yang periang.

    Kata Nor Hanita, cucunya itu akan memberitahu setiap kali keluar ke mana-mana sejak belajar di New Zealand pada Julai tahun lalu.

    ALSO READ:  Zelenskiy says Ukraine closer to end of war with Russia

    “Dia ada beritahu dia dapat praktikal di sebuah firma akaun di sana dan beritahu dia tidak akan balik ke tanah air sampai habis belajar.

    “Kali terakhir dia menghubungi kami ialah kelmarin dan bertanya berbuka di mana,” katanya.

    Megat Ashman yang merupakan anak kedua daripada lima beradik dan dikatakan yang sering mengajak rakan-rakannya bersolat.

    Cucunya itu juga merancang berkahwin di rumah datuk dan neneknya.

    Sementara itu bapa allahyarham tidak bersedia untuk bercakap dengan pemberita akibat terlalu sedih.

    Semalam, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada 1.45 tengah hari waktu tempatan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts