Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBapa sahkan Shivaani diterima kembali ke sekolah

    Bapa sahkan Shivaani diterima kembali ke sekolah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang menulis surat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar dibenarkan meneruskan persekolahan, diterima kembali ke sekolah. Bapanya P Rajheswaran, 44, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu ketika pertemuan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 28 Disember lalu. “Kami diberitahu bahawa Shivaani boleh kembali ke sekolah pada sesi persekolahan akan datang. Ini kerana sesi persekolahan sekarang nak tamat dalam masa sebulan.” “Jadi saya pun menerima cadangan JPNS,” katanya ketika mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini. Katanya, JPNS juga berjanji akan menyelesaikan isu kewarganegaraan yang sedang dihadapi oleh anaknya. Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Shivaani, 10, menulis surat kepada Anwar untuk meminta pertolongan perdana Menteri itu supaya dia dibenarkan meneruskan persekolahan. “Saya minta tolong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim benar saya pergi ke sekolah tahun depan,” katanya. Shivaani sebelum ini bersekolah sehingga darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pagi, Senawang. Namun pihak sekolah memberitahu keluarga pada sesi pembukaan sekolah Mac tahun lalu bahawa Shivaani tidak dapat meneruskan persekolahan dalam darjah empat pada tahun depan kerana isu dokumentasi kewarganegaraan. Terdahulu, dalam kenyataan media hari ini, KPM memaklumkan pertemuan yang diadakan oleh JPSN pada 28 Dis lepas itu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid berkenaan meneruskan persekolahan seperti sepatutnya. “Beberapa cadangan penyelesaian dikemukakan berkaitan dengan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid terbabit. “JPNS pula komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah. Pertemuan telah berlangsung dalam suasana harmoni dan mencapai hasil yang positif,” menurut kenyataan itu. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Bersatu, P Manivanan yang mengendalikan isu kewarganegaraan Shivaani mengucapkan terima kasih kepada perdana Menteri dan KPM. “Saya mengucapkan terima kasih kepada perdana Menteri dan KPM kerana membantu Shivaani kembali ke sekolah. “Tapi kes Shivaani ini hanya sebahagian kecil daripada masalah yang sangat besar. Masih ada beratus-ratus kes serupa di luar sana yang perlu diselesaikan,” katanya. Kerajaan perlu kaji semula dasar KPM Dalam pada itu, Presiden Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luarbandar Malaysia (DHRRA Malaysia), Saravanan M Sinapan meminta kerajaan mengkaji semula dasar KPM dalam menangani isu kanak-kanak yang mengalami masalah kewarganegaraan. “Walaupun kanak-kanak ini telah diterima kembali bagi sesi persekolahan akan datang, namun dia tidak dapat ke sekolah pada sesi persekolahan tahun ini. Dia rugi setahun. Siapa yang harus dipersalahkan. Kami menggesa Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan mengenai sebarang perubahan baharu dan sama ada kanak-kanak tanpa kerakyatan yang dilahirkan oleh ibu bapa Malaysia akan dinafikan akses kepada persekolahan. “Peningkatan yang membimbangkan dalam populasi kanak-kanak tanpa kerakyatan di Malaysia adalah disebabkan oleh undang-undang kewarganegaraan yang diskriminasi. Undang-undang ini melarang bapa Malaysia daripada memindahkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan sebelum perkahwinan yang sah,” katanya. Katanya, pangkalan data DHRRA menunjukkan bahawa sebilangan besar individu tanpa kerakyatan yang direkodkan adalah anak yang dilahirkan oleh bapa Malaysia yang menghadapi cabaran dalam mendapatkan kewarganegaraan. Menurut pangkalan data DHRRA, lebih 8,223 bilangan orang tanpa kerakyatan yang direkodkan adalah anak yang dilahirkan oleh bapa Malaysia dan anak angkat rakyat Malaysia. “Kami berharap kanak-kanak tanpa kerakyatan yang tidak bersalah ini tidak akan menjadi sasaran kerana amalan diskriminasi Malaysia yang secara tidak adil menafikan kanak-kanak dalam mengakses hak asasi seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan. “Ini amat jelas dalam kes di mana kanak-kanak, seperti Shivaani, terjejas oleh dikriminasi undang-undang kewarganegaraan yang menghalangnya daripada mendapatkan kewarganegaraan Malaysia melalui bapanya, walaupun keadaan di luar kawalannya,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts