Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBas Rapid KL terbakar, penumpang alami detik cemas

    Bas Rapid KL terbakar, penumpang alami detik cemas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seramai tujuh penumpang sebuah bas Rapid KL berdepan detik cemas apabila bas itu terbakar di Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, kira-kira 8 pagi tadi.

    Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.06 pagi sebelum 16 anggota bersama enam jentera bomba dari BBP Hang Tuah dan Seputeh digerakkan ke lokasi kejadian.

    Beliau berkata kejadian disedari seorang penunggang motosikal yang memaklumkan kepada pemandu bas berkenaan bahawa terdapat kebakaran di bahagian belakang kenderaan itu.

    ā€œPemandu bas seterusnya menghentikan kenderaan di bahu jalan dan mengarahkan semua penumpang turun ke lokasi selamat serta sempat mematikan enjin dan memadamkan segala suis terlibat,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurutnya kebakaran bas tersebut melibatkan 90 peratus kemusnahan dan punca kejadian masih disiasat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts