Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBeijing kecam AS senarai hitam 37 lagi entiti China

    Beijing kecam AS senarai hitam 37 lagi entiti China

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL| Beijing pada Jumaat mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menambah lebih banyak syarikat China ke dalam senarai entiti yang dikenakan sekatan perdagangan oleh Washington, menurut laporan media rasmi.

    Agensi Anadolu (AA) melaporkan bahawa Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata China sentiasa menentang keras tindakan AS yang menyalahgunakan alat kawalan eksport, termasuk senarai entiti, untuk menekan syarikat-syarikat China.

    “Hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi yang normal antara China dan Rusia tidak seharusnya diganggu atau disekat oleh pihak ketiga,” kata Lin.

    Pada Khamis, Washington mengenakan sekatan perdagangan ke atas 37 entiti China, termasuk mereka yang didakwa menyokong belon pengintip China yang terbang di ruang udara AS tahun lepas.

    AS turut menyasarkan syarikat-syarikat China yang didakwa cuba mendapatkan barangan Amerika untuk membuat dron yang akan digunakan oleh tentera China serta entiti lain yang menghantar barangan terkawal ke Rusia.

    Mengenai tarif tambahan yang mungkin dikenakan ke atas kenderaan elektrik China serta eksport lain, Lin menyifatkan tindakan AS itu boleh dilihat sebagai melanggar amalan perdagangan antarabangsa.

    Lin berkata demikian sebagai respons kepada laporan bahawa AS akan mengenakan tarif lanjut ke atas kenderaan elektrik China serta eksport hijau lain pada minggu berikutnya.

    Beliau berkata tindakan sedemikian adalah melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

    “Penyalahgunaan AS terhadap proses semakan ini adalah kesinambungan mempolitikkan isu perdagangan dan ekonomi,” kata jurucakap kementerian China itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts