Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas Adun bebas tuduhan cabul isteri kawan

    Bekas Adun bebas tuduhan cabul isteri kawan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Majistret Ampang hari ini telah melepaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada tuduhan mencabul isteri rakannya empat tahun lalu.

    Majistret Amalina Basirah Md Top membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wan Ahmad Nizam, 58, di akhir kes pendakwaan.

    “Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan tersebut tanpa perlu membela diri,” katanya.

    Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, manakala Wan Ahmad Nizam diwakili oleh Peguam Haijan Omar, Nik Zarith Nik Moustpha, dan Asyraf Abu Bakar Hamzah.

    Perbicaraan kes bermula pada 5 Oktober 2022, dengan tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan.

    Pada 29 Jun 2021, Wan Ahmad Nizam telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berumur 51 tahun tersebut, dengan niat untuk mencabul kehormatannya, di dalam sebuah ruang bersebelahan bilik tidur utama di sebuah kediaman di Taman Bukit Melawati, antara 1 pagi hingga 5 pagi, 20 Julai hingga 15 Ogos 2020.

    Pertuduhan tersebut adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts