Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas banduan ikrar guna peluang kedua tabur bakti pada masyarakat

    Bekas banduan ikrar guna peluang kedua tabur bakti pada masyarakat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Kami bersedia berkorban hingga ke akhir nyawa kami untuk berbakti kepada masyarakat.”

    Ini merupakan ungkapan sepenuh hati dua bekas banduan yang diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan mereka selepas dipenjarakan selama puluhan tahun atas kesalahan jenayah berat.

    Salah seorang daripadanya menjalani hukuman penjara sejak tahun 2000 atas kesalahan mengedar dadah, manakala seorang lagi dipenjarakan sejak 2004 atas kesalahan berkaitan senjata api.

    Kedua-dua mereka antara pemohon yang berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk dikenakan hukuman semula susulan dasar kerajaan tahun lalu yang menghapuskan hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan seperti pengedaran dadah dan kesalahan serius lain.

    Rasa bersyukur

    Hanya mahu dikenali dengan panggilan nama N dan J, kedua-dua mereka nekad menggunakan peluang kedua itu untuk membantu masyarakat dengan sepenuh hati.

    “Kami bersedia untuk bantu masyarakat; ini ikrar kami sehingga penghujung nyawa, untuk tidak terus mensia-siakan kehidupan kami.

    “Penjara itu seperti neraka di dunia,” kata salah seorang daripaa mereka semasa ditemu bual dalam talian dengan Malaysiakini dari pejabat Pertubuhan Kebajikan Keluarga Kasih (KeKasih).

    Berasal dari Kedah, J nyata terkejut apabila diberitahu diberi peluang kedua setelah hampir dua dekad dipenjarakan atas kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

    Setelah ditahan pada tahun 1999 dan dijatuhi hukuman penjara pada tahun 2004, lelaki berumur 47 tahun yang sudah berumahtangga itu mengingatkan orang ramai agar tidak terjerumus dalam kancah jenayah.

    “Saya masih muda ketika dipenjarakan dan tak berfikir panjang pada masa itu, sekarang saya menyesal. Saya dihukum penjara seumur hidup,” kata J.

    Setelah dibebaskan dari penjara pada 11 Januari tahun ini, dia berterima kasih dan mengucapkan rasa syukur kepada keluarga atas sokongan yang diberikan kepadanya.

    ALSO READ:  MetMalaysia warns of thunderstorms, heavy rain in Sabah, Labuan and Sarawak

    Dalam keinginan untuk berbakti kepada orang ramai dan menebus kesilapan lalu, J mengakui ada segelintir anggota masyarakat mungkin berasa curiga dan tidak selesa dengan kehadirannya.

    “Orang di luar sana mungkin kelihatan baik-baik saja dengan saya dari luar, tapi apa yang ada di dalam hati mereka tak siapa tahu. Apapun, saya ialah bekas banduan.

    “Apa yang berlaku di masa lalu adalah di masa lalu, saya akan elakkan diri daripada melakukan kesalahan di masa akan datang. Saya telah mulakan hidup baru dan tak mahu mengulangi masa lalu,” katanya dengan yakin.

    Sementara itu, pada sesi temu bual yang sama, N yang dipenjara pada tahun 2000 atas kesalahan mengedar dadah dan dibebaskan pada 6 November tahun lalu, percaya peluang kedua yang diberikan kepadanya adalah satu anugerah daripada Allah bagi menebus dosa silam.

    “Saya akan gunakan peluang yang dianugerahkan Allah untuk jadi manusia yang sebaik mungkin,” kata lelaki berumur 48 tahun itu.

    N yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah di Perlis, berterima kasih kepada orang kampung yang memberikan pekerjaan memotong rumput dan kerja-kerja lain.

    Nasihat untuk generasi muda

    Merenung kesilapan pada zaman remajanya, J menyeru generasi muda untuk berhati-hati agar tidak tersalah memilih kawan.

    “Biasa bagi remaja walaupun rapat dengan keluarga untuk cari kawan-kawan.

    “Namun kita perlu ingat bahawa kawan-kawan yang kita pilih boleh bawa kita ke jalan yang betul atau membinasakan kita,” kata J.

    N juga meminta generasi muda hari ini agar mengelakkan diri daripada melakukan jenayah.

    Susulan langkah kerajaan menghapuskan hukuman mati mandatori, Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) mula berkuatkuasa pada 12 September 2023.

    ALSO READ:  Allies pledge $244 million for humanitarian demining, Ukraine confirms

    Undang-undang tersebut memberikan kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk sama ada mengekalkan hukuman sedia ada atau mengenakan hukuman semula ke atas individu yang telah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts