Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas CEO MBI Kedah didakwa minta, terima rasuah kes lombong REE

    Bekas CEO MBI Kedah didakwa minta, terima rasuah kes lombong REE

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan usaha sama perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah pada pada Mei lepas.

    Muhamad Sobri Osman, 63, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmal Abdullah.

    Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM4 juta daripada John Abad Pe sebagai dorongan untuk membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE di Kedah melalui satu memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat itu dengan MBI Kedah.

    Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Hatyai, Thailand pada 20 Mei lepas.

    Bagi pertuduhan itu, pihak pendakwaan memohon untuk mengguna pakai peruntukan di bawah Seksyen 66, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukan mana-mana warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang melakukan kesalahan di bawah akta itu di luar negara boleh didakwa di negara ini.

    Bagi pertuduhan kedua pula, Muhamad Sobri didakwa menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM1 juta daripada John Abad Pe melalui Liyana Mamat@Khalid sebagai dorongan untuk membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd untuk menjalankan usaha sama perlombongan REE di Kedah melalui MoU antara syarikat itu dengan MBI Kedah.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di perkarangan tempat letak kereta Wisma Darul Aman, Jalan Tunku Bendahara, di sini pada 29 Mei lepas.

    Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Muhamad Sobri didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan.

    ALSO READ:  Anwar umum penjawat awam naik gaji 'sikit' Oktober ini

    Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala pihak pembelaan memohon jaminan sebanyak RM60,000 dikenakan bagi kedua-dua pertuduhan berikutan tertuduh tidak lagi bekerja dan perlu menyara isteri dan seorang anak yang masih belajar.

    Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah, melapor diri pada minggu pertama setiap bulan ke pejabat SPRM berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

    Mahkamah turut menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan kes.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat dan Muhammad Asnaf Mohamed Tahir, manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Ismail dan Mohammed Zamri Ibrahim.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts