Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas ketua AMK Ampang nafi dera pembantu rumah

    Bekas ketua AMK Ampang nafi dera pembantu rumah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Ampang Adam Rosly Abdullah menafikan dakwaan dia mendera bekas pembantu rumahnya.

    Penafian itu dibuat sebagai reaksi terhadap artikel Malaysiakini pagi ini yang melaporkan dakwaan penderaan terhadap seorang pembantu rumah termasuk disuruh menanggalkan pakaian sebelum dicurah dengan air panas.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 8.25 malam, Adam berkata dakwaan itu adalah fitnah.

    “Beliau (pembantu rumah berkenaan) memfitnah saya mencederakannya dengan kejam dan melayan beliau dengan teruk sekali sepanjang bekerja dengan saya.

    “Ini merupakan tuduhan yang sangat keji, pelik dan tidak munasabah yang saya yakin ada pihak yang sengaja membesarkan isu ini bagi memburukkan maruah saya, keluarga dan masa depan saya,” katanya.

    Kenyataan media serupa disebarkan petang tadi namun Adam memberitahu Malaysiakini dia tidak mengeluarkan kenyataan itu, dan sedang mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat ulasan.

    Terdahulu, pembantu rumah itu mendakwa dia bekerja dengan Adam selama empat tahun dan mengalami pelbagai bentuk penderaan termasuk dicurah air panas kerana membiarkan pintu pagar terbuka.

    Dia juga mendakwa Adam melemparkan pasu bunga ke tangannya yang menyebabkan jari kelingkingnya cacat. Selain itu dia juga mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikannya itu selama empat tahun.

    Wanita berkenaan membuat laporan polis pada pertengahan Ogos lalu dan kini sedang mendapatkan perlidungan konsulat Indonesia.

    Polis mengesahkan telah menerima laporan polis dan telah menyoal siasat Adam.

    Adam berkata dia dan keluarganya telah memberikan keterangan kepada pihak berkuasa dan menyerahkan rakaman CCTV untuk membersihkan nama mereka.

    “Kerjasama baik telah kami berikan berserta bukti-bukti penjagaan kesihatan yang kami lakukan kepada bekas pembantu rumah itu, membuktikan kami sentiasa menjaga semua pembantu rumah dengan baik.

    ALSO READ:  Belum ada orang masuk penjara sebab pasang cermin gelap - Menteri

    “Semua bukti telah kami berikan kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts