Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas ketua hakim pengerusikan Jk khas gubal undang-undang syariah

    Bekas ketua hakim pengerusikan Jk khas gubal undang-undang syariah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Seorang bekas ketua hakim negara dipilih untuk mempengerusikan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa persekutuan dan Negeri, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan penggubalan undang-undang syariah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata antara yang akan menganggotai jawatankuasa itu ialah bekas hakim, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Kehakiman Syariah Negara, wakil daripada majlis agama Islam Negeri, ahli akademik yang pakar undang-undang sivil, syariah dan Perlembagaan Persekutuan serta peguam syarie dan sivil.

    Bagaimanapun beliau tidak menamakan semua individu yang dilantik itu.

    “Jawatankuasa khas itu dijangka bersidang untuk kali pertama pada 4 Dis ini bagi menetapkan hala tuju dalam pelaksanaan kajian dan penyelidikan seterusnya mengesyorkan cadangan penyelesaian kepada masalah perundangan Islam di Malaysia.

    “Ini merupakan satu usaha dan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu konflik bidang kuasa antara Persekutuan dengan Negeri dan antara mahkamah sivil dengan mahkamah Syariah, demi memartabatkan dan memperkasa perundangan syariah dan sistem kehakiman Syariah di negara ini,” katanya pada sesi soal jawab.

    Mohd Na’im berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) berhubung perkembangan cadangan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) tentang penubuhan jawatankuasa khas untuk melaksanakan kajian terhadap kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

    Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa mempengerusikan mesyuarat MKI, pada 28 Ogos lepas.

    ALSO READ:  YouTube takes aim at AI generated imposters in videos

    Anwar berkata jawatankuasa khas itu akan melakukan penelitian termasuk berbincang dengan mufti dan semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts