Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas ketua pengarang kumpulan The Star meninggal dunia

    Bekas ketua pengarang kumpulan The Star meninggal dunia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ketua pengarang kumpulan The Star Datuk Ng Poh Tip meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya, pada usia 81 tahun.

    Ketua Pegawai Kandungan The Star Datin Paduka Esther Ng Sek Yee ketika dihubungi hari ini mengesahkan pemergian itu.

    Mendiang yang kematian suami 10 tahun lepas, tidak memiliki anak.

    Mendiang memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 1971 dan mencipta sejarah sebagai ketua pengarang kumpulan wanita pertama negara apabila dilantik ke jawatan berkenaan di The Star pada 1993, dan berkhidmat hingga 2003.

    Ng berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Sejarah daripada Universiti Malaya pada 1967, dan Sarjana Sastera dalam Pengajian Politik daripada University of Guelph, Kanada, pada 1971.

    Sementara itu, bekas Ketua Pengarang Kumpulan The Star Michael Aeria seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan memaklumkan mendiang sudah lama tidak sihat dan diserang strok dua kali sebelum ini.

    Dia berkata Ng turut dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama lebih seminggu.

    Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Penasihat Star Media Group Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai pula merakamkan penghargaan kepada Ng kerana menerima beliau menyertai semula The Star selepas menamatkan pengajian di universiti pada 1984.

    “Saya meninggalkan The Star pada 1980 dan menamatkan pengajian pada 1984 dan Ng meminta saya kembali ke The Star sehari selepas saya menduduki peperiksaan akhir,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts