Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas ketua polis daerah hadapi 46 pertuduhan rasuah

    Bekas ketua polis daerah hadapi 46 pertuduhan rasuah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh dihadapkan dengan 46 pertuduhan menerima rasuah membabitkan jumlah RM70,600 di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. Mohd Azhar Mohd Yusoff, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan – termasuk 46 pertuduhan pilihan – selesai dibacakan di hadapan hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

    Mengikut kertas pertuduhan dan pertuduhan pilihan, dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 7 Mac 2019 hingga 22 Sept 2022 melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan kerja rasmi sebagai pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh. Tertuduh didakwa menerima suapan antara RM100 sehingga RM3,000 daripada empat pihak berbeza sebagai dorongan melindungi pihak terbabit agar tidak dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

    Bagi setiap pertuduhan itu, Mohd Azhar didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali. Bagi pertuduhan pilihan pula, Mohd Azhar didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

    Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Pendakwaan dilakukan pegawai SPRM, Ahmad Feisal Mohd Azmi, Rasyidah Murni Azmi dan Rifah Izzati Abdul Mutalif. Pasukan pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM40,000 bagi semua pertuduhan itu. Ahmad Feisal turut memohon agar mahkamah membenarkan syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh iaitu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan meminta tertuduh atau ejennya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

    ALSO READ:  ESEI FOTO | Anak Cina, Melayu dan India bergabung persembah tarian singa

    Tertuduh yang diwakili peguam Bob S Arumugam kemudian memohon agar jaminan ke atas tertuduh dikurangkan kepada RM20,000 dengan mengambil kira latar belakang tertuduh yang berkhidmat selama 30 tahun dalam PDRM. Arumugam dalam hujahnya memaklumkan tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan yang boleh dikenakan tatatertib sepanjang berkhidmat dalam pasukan polis.

    “Tertuduh adalah seorang pegawai kanan polis dengan jawatan akhirnya adalah sebagai ketua polis daerah sebelum ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang. Selain itu tertuduh juga berjanji untuk akur dengan segala arahan mahkamah selain tidak ada sebarang kemungkinan untuk tertuduh melarikan diri,” katanya.

    Seorang lagi peguam, Najib Zakaria, turut memohon jaminan paling minimum dikenakan ke atas tertuduh berikutan dia mungkin akan digantung tugasan serta-merta dan akan berhadapan dengan kesukaran. Hakim kemudian memutuskan tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM25,000 bercagar dengan seorang penjamin. Tertuduh juga diarahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, serta diminta melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat bermula Sept ini sehingga perbicaraan kes selesai.

    Selain mahkamah juga mengarahkan tertuduh supaya tidak mengacau ganggu saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai. Mahkamah menetapkan 15 November ini sebagai tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts