Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas ketua setiausaha negara dilantik pengerusi baru EAIC

    Bekas ketua setiausaha negara dilantik pengerusi baru EAIC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar telah dilantik sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk tempoh tiga tahun yang berkuat kuasa pada 1 Februari lepas sehingga 31 Januari 2027.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa bekas hakim Mahkamah Persekutuan Prasad Sandosham Abraham juga telah dilantik sebagai timbalan pengerusi.

    Selain itu, beberapa individu turut dilantik sebagai ahli EAIC termasuklah Yusof Ismail; Razali Ab Malik; Mohd Gazali Abas; Ong Lam Kiat dan Siti Zainab Omar.

    “Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Januari lepas, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

    “Semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan,” katanya.

    Anwar juga menyampaikan penghargaan kepada barisan pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Sidek Hassan; Zainun Ali; Mahmood Adam; Aziah Ali; Alizatul Khair Osman Khairuddin; John Louis O’hara dan Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 30 Jun 2023.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts