Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas Menteri gesa k'jaan selesaikan kes mangsa kemalangan LRT

    Bekas Menteri gesa k'jaan selesaikan kes mangsa kemalangan LRT

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Menteri pengangkutan Wee Ka Siong mahu kerajaan bersikap berperikemanusiaan dan menyelesaikan segera kes kemalangan yang membabitkan dua tren LRT yang bertembung pada Mei 2021 sehingga menyebabkan seorang wanita cedera parah.

    Katanya, kes yang dijadualkan dibicarakan empat tahun lagi iaitu pada 2028 itu seharusnya diselesaikan di luar mahkamah, dan bukannya menggunakan prosedur mahkamah.

    “Ditekankan, ini bukan salah Florence Lee, sebaliknya beliau adalah mangsa tragedi pengangkutan awam negara kita.

    “Kecederaan yang dialami beliau dari segi fizikal dan emosi amat serius, tambahan lagi ia bukan berpunca daripada kecuaian sendiri.

    “Beliau selaku mangsa hanya meminta pampasan untuk kehilangan pendapatannya dan juga untuk membayar kos rawatan, yang berjumlah RM113, 524.08.

    “Ini satu permintaan yang munasabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shahrir Salleh, minggu lalu menetapkan tarikh perbicaraan Florence Lee yang menyaman pemilik sistem LRT, Prasarana Malaysia Bhd, dan pengendalinya Rapid Rail Sdn Bhd berhubung kecederaan yang dialaminya akan bermula pada 10 Januari 2028.

    Lee, 57, mendakwa nahas itu akibat kecuaian defendan selain pelanggaran kewajipan statutori.

    Dia menuntut ganti rugi khas RM113,524.08, termasuk RM84,372.58 bagi perbelanjaan perubatan, fisioterapi, dan pemulihan, selain ganti rugi am, teruk dan teladan mengikut penilaian mahkamah.

    Mengulas lanjut, Wee yang juga adalah presiden MCA berkata, sudah cukup tiga tahun Lee menderita dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak sepatut menyusahkanya lagi.

    “Ini dengan memaksanya menanggung kos perundangan sementara menunggu kes dibawa ke mahkamah empat tahun lagi iaitu pada tahun 2028.

    “Justeru, saya menggesa kerajaan supaya segera berjumpa dengan beliau, menilai tuntutannya dan memilih untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan membayar pampasan yang wajar kepadanya,” kata Wee.

    Menurutnya, Anwar yang juga adalah Menteri kewangan boleh mengambil tindakan pro-aktif untuk mencari penyelesaian terbaik memandangkan Prasarana Malaysia dan Rapid Rail adalah syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

    ALSO READ:  Bacaan Qunut Nazilah di surau, masjid di Perak diteruskan

    “Apa tunggu lagi?” soalnya.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts