Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas presiden PSB dilantik naib presiden kanan PDP - Tiong

    Bekas presiden PSB dilantik naib presiden kanan PDP – Tiong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

    Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PDP malam tadi sebulat suara turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa dan Adun Ba’kelalan, Baru Bian, masing-masing sebagai Naib Presiden PDP.

    “Pelantikan Wong adalah mengikut perlembagaan parti setelah mengambil kira pengalaman luas yang beliau miliki dan kedudukan bekas pemimpin PSB lain akan ditentukan pada Mesyuarat Agung Khas parti kemudian,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan malam bagi mengalu-alukan ahli PSB menyertai PDP di Sibu.

    Dalam ucapannya, Tiong yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turut menyeru semua ahli PDP menerima bekas pemimpin dan ahli PSB yang telah dibubarkan itu dan menjadi satu keluarga besar yang memberikan khidmat demi pembangunan Sarawak dan masa hadapan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

    Gambar fail, Adun Ba’kelalan, Baru Bian.

    Beliau merakamkan penghargaannya kepada kepada pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merestui dan menyokong usaha PDP menerima bekas pemimpin dan dan ahli PSB.

    Selain PDP, parti komponen dalam GPS turut melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Berikutan perkembangan ini, GPS kini menguasai 80 daripada 82 kerusi DUN di Sarawak.

    Sementara itu, Wong dalam ucapannya berkata beliau melihat kepada senario politik sekarang, rakyat memerlukan kerajaan yang kuat baik di peringkat Persekutuan dan Negeri.

    “Oleh itu kami telah memutuskan untuk menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Negeri di bawah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg,”katanya.

    ALSO READ:  'Ibu bapa perlu pastikan anak bawah 13 tahun tiada media sosial'

    Menurutnya PSB dibubarkan selepas Persidangan Khas Perwakilan 17 Feb lalu dengan permohonan pembubaran dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 11 Mac lalu.

    “Kami menerima surat kelulusan pembubaran dari ROS pada 19 Mac lalu,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts