Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBekas speaker Dewan Negara dicalon hadiah Nobel sastera

    Bekas speaker Dewan Negara dicalon hadiah Nobel sastera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Adam Kadir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun ini yang merupakan anugerah tahunan berprestij oleh Akademi Sweden.

    Ia adalah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diwujudkan oleh usahawan Sweden, Alfred Nobel dan telah dianugerahkan setiap tahun sejak 1901 kepada seorang pengarang dari mana-mana negara yang dilihat telah menghasilkan karya idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan.

    Bercakap kepada Bernama hari ini, Adam mengesahkan pencalonannya dan ia merupakan kali ketiga berturut-turut dia dicalonkan sejak 2022.

    “Mudah-mudahan saya akan bertuah pada (pencalonan) kali ketiga,” katanya sambil berseloroh ketika dihubungi.

    Adam berkata dia telah mengarang 17 buku selain menghasilkan ratusan artikel, esei dan kolum untuk siaran akhbar tempatan dan majalah.

    Adam, 81, berkata berdasarkan peraturan umum, pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang lepas mendapat pencalonan tiga kali.

    Pencalonan adalah berdasarkan kriteria kerja sepanjang hayat dengan produksi penulisan terkini.

    Untuk rekod, tiada penulis Asia Tenggara yang memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan setakat ini.

    Rabindranath Tagore dari India adalah warga Asia pertama yang berjaya memenangi anugerah itu pada 1913.

    Adam berkata dia telah menulis dalam pelbagai genre sejak di bangku sekolah ketika mendapat pendidikan di Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan dan memenangi pelbagai hadiah di peringkat Negeri dan kebangsaan.

    Dia meneruskan aktiviti penulisannya apabila bergelar mahasiswa di Universiti Malaya pada 1960-an dan berjaya menghasilkan novel pertamanya.

    Adam memperoleh LLM dalam Undang-Undang Korporat dan Komersial dari University London, MSc dari Ohio University dan AMP dari Harvard University di Amerika Syarikat.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts