PARLIMEN | Belanjawan 2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah diluluskan hari ini melalui undian suara selepas ia selesai dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa sejak 16 Oktober lalu.
Undian suara itu dilakukan setelah Anwar – yang juga merupakan Menteri Kewangan – menyimpulkan perbahasan peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan hari ini.
Rang Undang-undang Perbelanjaan 2024 akan dibawa untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan di peringkat jawatankuasa yang melibatkan peruntukan RM393.8 bilion.
Dengan tema ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’, belanjawan kedua Anwar merangkumi peruntukan sebanyak RM303.8 bilion untuk perbelanjaan pengurusan, RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, dan RM2 bilion untuk simpanan jangka panjang.
[Laporan lanjut menyusul]