Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBelanjawan 2024: KPKT mohon RM300 juta bina tandas 'BMW' seluruh negara

    Belanjawan 2024: KPKT mohon RM300 juta bina tandas ‘BMW’ seluruh negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf ‘Bersih, Menawan, Wangi’ atau ‘BMW’ di seluruh negara, adalah antara cadangan agenda reformasi kemudahan awam negara yang dikemukakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi Belanjawan 2024.

    Menterinya Nga Kor Ming berkata cadangan itu adalah antara 29 inisiatif yang dicadang kementerian berkenaan dalam pertemuan pihaknya dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, dua hari lepas.

    “Kita juga memohon RM100 juta untuk menukar lampu jalan konvensional kepada lampu LED atau lampu berkuasa solar yang lebih lestari di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Pangsa Seri Kepayang, Fair Park di Ipoh hari ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2024, 13 Okt depan.

    Sementara itu, Nga berkata pihaknya menyasarkan untuk menyiapkan 10,000 MyKiosk untuk penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara menjelang 2025.

    Beliau berkata tahun ini 3,073 kiosk akan disiapkan untuk diagihkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi disewakan kepada peniaga serta penjaja kecil dengan kadar sewa minimum.

    Nga turut mengumumkan peruntukan tambahan RM750,000 kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi tujuan naik taraf dan menyelenggara 11 projek.

    “Ia adalah bagi tujuan naik taraf kemudahan sembilan projek rumah pangsa dan dua penempatan semula nelayan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts