Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Belum ada perbincangan mendalam cadangan RUU kekalkan kerajaan'

    ‘Belum ada perbincangan mendalam cadangan RUU kekalkan kerajaan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata cadangan mewujudkan RUU itu ada dibangkitkan di peringkat jemaah Menteri.

    Fahmi berkata sebelum ini, ada beberapa pandangan secara terbuka atau dalam perbincangan yang lebih khusus mengenai keperluan dan kesesuaian konsep akta parlimen berpenggal tetap seperti di beberapa negara lain.

    “Di beberapa negara lain, kebiasaannya undang-undang antilompat parti disekalikan (dengan akta parlimen berpenggal tetap) atau ada juga undang-undang yang menetapkan tempoh bagi sesebuah parlimen.

    “Contohnya di United Kingdom ada akta parlimen berpenggal tetap dan di Amerika Syarikat pula, tempoh bagi seseorang presiden itu berkhidmat adalah empat tahun kecuali dia berundur atau meletakkan jawatan lebih awal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan sayap baru Orchid Wing di OasisEye Specialists di Kuala Lumpur, hari ini.

    Fahmi, yang juga jurucakap kerajaan perpaduan, berkata cadangan RUU itu dilihat sebagai antara usaha bagi menjamin kestabilan sesebuah negara sekali gus memastikan peristiwa seperti pertukaran perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal ke-14 Parlimen tidak berulang.

    Dia juga berkata pelantikan Naib Ketua Wanita PKR Sangetha Jayakumar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PLK) bukanlah satu masalah kerana parti itu hanya mengkritik pelantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

    Fahmi yang juga ketua penerangan PKR berkata terdapat perbezaan antara GLC dan badan berkanun kerana badan berkanun adalah tertakluk kepada akta dan undang-undangnya sendiri.

    “Jadi, pelantikan dia bukan satu masalah kerana LPK bukan GLC,” katanya sambil menambah dia akan membawa perkara itu ke Kabinet susulan gesaan orang ramai yang inginkan penjelasan mengenai pelantikan sedemikian.

    ALSO READ:  Wanita rugi RM3 juta, jongkong emas, wang tunai dilarikan pencuri

    Khamis lepas, Sangetha mengesahkan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah LPK menerusi hantaran di laman Facebook.

    Pelantikan itu kemudian dikritik di media sosial selepas pengguna merujuk ciapannya pada Oktober 2020 mengenai tindakan kerajaan PN ketika itu yang memberikan jawatan dalam GLC kepada penyokong gabungan politik itu.

    Sementara itu, menyentuh majlis hari ini, Fahmi berkata dia akan membantu menampung kos rawatan atau pembezahan mata golongan B40 yang memerlukan di kawasan tersebut.

    “Komitmen saya sebagai ahli parlimen Lembah Pantai, sekiranya ada mana-mana keluarga yang memerlukan rawatan atau pembezahan berkait dengan kesihatan mata, maklumkan kepada saya,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts