Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBelum bincang jawatan k'jaan Negeri - Reezal Merican

    Belum bincang jawatan k’jaan Negeri – Reezal Merican

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung penyertaannya dalam pembentukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.

    “Belum lagi (berbincang), dengan mana-mana kepimpinan Negeri.

    “Saya ada bercakap dengan beberapa pemimpin parti tetapi itu sahaja, kami tidak berbincang secara mendalam,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis ramah mesra dengan masyarakat setempat di Kepala Batas.

    Tewaskan bekas penyandang

    Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang semalam, Reezal Merican menang dengan majoriti 2,321 undi apabila memperoleh 10,453 undi menewaskan bekas penyandang kerusi Khaliq Mehtab Mohd Ishaq daripada Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 8,132 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

    Di Pulau Pinang, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.

    DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi, PKR (tujuh), Amanah (satu) dan BN (dua), manakala Pakatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.

    Sementara itu, Reezal Merican yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyifatkan kemenangan di DUN Bertam itu sebagai menebus kegagalan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts