Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Benar atau tak?' - MP PKR gesa Anwar jawab isu jualan saham...

    'Benar atau tak?' – MP PKR gesa Anwar jawab isu jualan saham MAHB pada GIP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Karim menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jawapan terhadap rancangan pengambilalihan Malaysian Airports Berhad (MAHB) oleh sebuah consortium yang didakwa ada kaitan dengan Zionis.

    Dikenali lantang termasuk terhadap partinya sendiri, Hassan berkata Anwar perlu menjawab dakwaan aktivis Hishamuddin Rais yang dahulu pernah menjadi sekutunya.

    “Hishamudin seorang aktivis politik dan aktivis-aktivis lain dari Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) semuanya berniat baik apabila membangkitkan isu ini.

    “Mereka semua patriotik. Mereka hanya minta kerajaan jawab terutama Anwar yang juga Menteri Kewangan.

    “Mudah sahaja isu ini. Sama ada dakwaan kerajaan akan menjual sebahagian saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) itu benar atau tidak dari segi faktanya?

    “Kalau benar katakan benar, kalau tidak katakan tidak. Nokhtah!” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Hishamuddin mendakwa tindakan Anwar bertemu pemimpin Hamas adalah untuk mengalih perhatian daripada isu penjualan saham MAHB kepada GIP, yang merupakan milik penuh syarikat pro-Israel, BlackRock.

    Hishamuddin Rais

    “Blackrock jelas ialah (penyokong) zionis dan kita memberikan pelaburan kita (MAHB) kepada zionis. Jadi, (Anwar) tidak boleh kata – saya tidak tahu (latar belakang Blackrock). Tidak boleh kata – saya sudah ‘berpeluk-peluk’ dengan Ismael Haniyeh (pemimpin Hamas). Ini teater, ini wayang,” katanya.

    Sementara itu, Hassan berkata aktivis SSP dan ahli parlimen – kerajaan dan juga pembangkang – perlu bersuara berkenaan isu ini memandangkan kerajaan dan rakyat Malaysia adalah penyokong kuat perjuangan Palestin.

    “Selaku ahli parlimen kerajaan, saya masih kuat percaya komitmen Anwar dalam membantu nasib rakyat Palestin.

    “Saya tidak percaya Anwar hanya berlakon dan main wayang saja di depan pemimpin Hamas tetapi di belakang mereka, kerajaan bercadang menjual 30 peritus saham MAHB yang mengendalikan 38 lapangan terbang di Malaysia kepada GIP yang dimiliki syarikat pelaburan pro-Israel, Black Rock (selaku pemilik GIP).

    ALSO READ:  Family of Menendez brothers seek their release from California prison

    “Jadi untuk isu ini tidak berpanjangan dan nama baik Anwar dapat kekal terpelihara di dalam negara dan di peringkat ntarabangsa dalam soal Palestin, maka tidak ada orang lain yang boleh menjawab melainkan Anwar sendiri,” katanya lagi.

    Pada 17 Mei lalu, Anwar menyangkal laporan yang menyatakan 25 peritus saham MAHB akan dijual kepada syarikat pro-Zionis.

    Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, Anwar menuduh pembangkang membangkitkan dakwaan itu untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut menegaskan dakwaan itu tidak berasas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts