Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBeri anak minum susu campur dadah: Ibu tukar pengakuan kepada tak bersalah

    Beri anak minum susu campur dadah: Ibu tukar pengakuan kepada tak bersalah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang ibu telah menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah jenis Metamfetamin, bulan lepas.

    Suri rumah berumur 34 tahun itu menukar pengakuannya ketika kes disebut semula di hadapan Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor.

    Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada 28 Feb lepas.

    Sementara itu suaminya, seorang peniaga air balang yang berumur 40 tahun, turut mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan sama selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula hari ini.

    Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan dengan memberi minum susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis Metamfetamin sehingga menyebabkan mangsa mengalami “alleged sympathomimetic drug ingestion”.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah apartmen di Taman Medan, Petaling Jaya pada 6 petang, 19 Feb lepas.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Mahkamah kemudian menetapkan 10 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan perubatan.

    Prosiding itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mewakili ibu berkenaan dan peguam Adi Zulkarnain Zulkafli mewakili tertuduh lelaki.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts