Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBerlanggar dengan kapal terbang, 5 kru pesawat pengawal pantai Jepun terkorban

    Berlanggar dengan kapal terbang, 5 kru pesawat pengawal pantai Jepun terkorban

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lima anak kapal Pengawal Pantai Jepun terbunuh apabila pesawat yang mereka naiki berlanggar dengan pesawat Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.

    Pesawat pengawal pantai itu membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin, lapor penyiar awam NHK memetik Pengawal Pantai Jepun.

    Sementara itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airline berjaya diselamatkan.

    Pesawat itu, yang mengendalikan penerbangan 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo, bertembung dengan pesawat pesawat Pengawal Pantai Jepun selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, lapor penyiar awam NHK, memetik Japan Airlines.

    Anggota bomba masih berusaha memadamkan api, katanya.

    Rakaman NHK menunjukkan letupan api besar dilihat dari sebelah pesawat Japan Airlines ketika ia bergerak di landasan selepas mendarat dan api menyambar pesawat itu tidak lama kemudian.

    Menurut kementerian pengangkutan, akibat pelanggaran itu semua landasan di Lapangan Terbang Haneda kini ditutup.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts