Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBernas digesa jelaskan kekeliruan pelbagai jenis beras import di pasaran

    Bernas digesa jelaskan kekeliruan pelbagai jenis beras import di pasaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selaku pengimport tunggal beras putih import digesa menjelaskan kekeliruan susulan pelbagai jenis beras putih import (BPI) di pasaran dengan harga yang berbeza.

    Pengerusi Pasukan Petugas (kluster makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata bahawa rakyat Malaysia sebagai pengguna berhak mengetahui jenis-jenis beras putih diimport ke pasaran tempatan.

    “Saya nak menjelaskan di sini supaya rakyat perlu tahu apa sebenarnya BPI dan apa harganya. Sebab di pasar raya yang ada sekarang BPI, tetapi pelbagai harga. Grednya sama tapi harga lain. Rakyat keliru macam mana nak buat rujukan.

    “Saya punya panduan ialah berdasarkan kepada Bernas. Sebab Bernas pengimport tunggal yang tidak ada saingan. Jadi, tak ada dua harga import, hanya satu harga sahaja.

    “Kami harap Bernas menjelaskan kekeliruan ini,” katanya kepada Malaysiakini.

    Bernas ditubuhkan pada 1994 setelah mengambil alih perananan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang dikorporatkan sebagai ‘gatekeeper’ tunggal padi dan beras Malaysia.

    Pada 1 Sept 2023, Bernas menyelaraskan harga jualan BPI seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa serta-merta.

    Langkah pelarasan itu dikatakan sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

    Namun, dalam mesyuarat Naccol pada 19 Mac, Bernas bersetuju mengurangkan harga BPI kepada RM3,000 satu tan atau RM30 sekampit beras 10kg.

    Bagaimanapun, Syed Abu Hussin mendakwa pemantauan di pasaran mendapati tidak ada tanda-tanda harga BPI diturunkan kepada.

    “Di dalam mesyuarat Naccol, Bernas mengumumkan bahawa mereka setuju kurangkan harga RM2 sekampit (10kg) ataupun, 0.20 sen sekilo.

    “Ini satu berita sangat menggembirakan saya kerana dalam semua mesyuarat Naccol sebelum ini, Bernas sangat keras membantah melaraskan harga BPI, tapi bila perdana Menteri naik angin, maka boleh pula Bernas kurangkan harga sebanyak RM2,” katanya.

    ALSO READ:  Anwar ikrar perjuang kebebasan Palestin, tak hirau ugutan negara luar

    Dilaporkan sebelum ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata bahawa Nacco bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa 20 Mac.

    Dalam kenyataan media, KPKM memaklumkan, semua stok semasa padi dan beras yang sudah dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik pula dapat diproses dan dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan dengan serta merta.

    KPKM juga berkata bahawa jangkaan harga baru BPI RM35 untuk 10kg.

    Bagaimanapun, pemantauan Malaysiakini mendapati, tidak ada tanda-tanda beras putih import dikurangkan harga.

    Di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, dua pemborong terbesar masih menjual beras putih pada harga antara RM36.90 hingga RM42.90.

    Peruncit di kawasan Puchong, Serdang, Seri Petaling, Bukit Jalil, Balakong, Jalan Ipoh, Chow Kit, Petaling Jaya dan Shah Alam juga menjual beras putih antara RM39.00 hingga RM45.00.

    Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata bahawa rakyat tidak dapat memastikan kekurangan harga ini kerana pembungkusan beras import yang menurutnya mengelirukan.

    “Sebenarnya, gred beras putih import sama sahaja. Tapi, disebabkan ‘packing‘ yang berlainan, mereka keliru dan membayar harga mahal.

    “Saya nak memberikan satu amaran kepada pengilang dan pemborong supaya menjual BPI dengan harga diputuskan oleh kerajaan. Saya juga minta Bernas bertanggungjawab dan memberitahu kepada rakyat bahawa gred BPI dan harga berbeza.

    “Jadi, kita tak nak rakyat kena tipu. Brand lain dan gred sama tapi harga lain,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts