Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersatu gerakkan 'apa saja cara' pastikan 6 kerusi parlimen dikosongkan

    Bersatu gerakkan ‘apa saja cara’ pastikan 6 kerusi parlimen dikosongkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bersatu menegaskan kesungguhan parti untuk memastikan semua enam kerusi parlimen yang kini menyokong kerajaan dapat dikosongkan.

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Afif Bahardin berkata mereka akan menggunakan “apa saja cara” melalui saluran undang-undang dan politik bagi mencapai matlamat tersebut, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.

    “Kami akan menggerakkan apa saja cara dan kaedah dalam lingkup perundangan dan politik bagi memastikan kerusi parlimen Labuan, Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Gua Musang, (Jeli), dan Tanjung Karang dapat dikosongkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Afif yang baru saja dilantik menganggotai MPT Bersatu menambah tindakan tersebut akan dibuat mengikut ruang lingkup akta antilompat parti yang sudah berkuat kuasa.

    Pada 24 Jan lalu Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkaferi Hanapi menjadi anggota Dewan Rakyat terbaru menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan perpaduan.

    Dia yang menegaskan kekal menjadi ahli Bersatu berkata, tindakan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan atau tekanan.

    Sebelum Zulkaferi sudah ada lima ahli parlimen lain berbuat demikian.

    Afif yang juga Adun Taman Medan di Selangor turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman, yang mencabar Bersatu untuk memecatnya kerana menyokong kerajaan.

    Sebaliknya, kata Afif, Bersatu pula mencabar Suhaili agar segera menggosongkan kerusi parlimen Labuan.

    “Hakikatnya Bersatu mempunyai ramai lagi tokoh yang mampu untuk mewakili dan menjaga kebajikan rakyat Labuan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk tekanan dan intimidasi daripada pentadbiran perdana Menteri ke-10 dan kerajaan PH-BN,” tegasnya.

    Terdahulu Suhaili – yang digantung keahlian enam tahun oleh Bersatu – mencabar parti itu memecat semua ahli parlimennya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    ALSO READ:  Indonesia minta majikan M'sia beri pekerja cuti mengundi

    “Saya nasihatkan kepada pucuk pimpinan Bersatu, kalau rasa hebat sangat, pecatlah kami yang dah isytihar sokong PMX (Perdana Menteri ke-10).

    “Nak suruh kosongkan kerusi? Ini memang saya tidak layanlah, tunggu saja PRU16,” katanya seperti dilaporkan media semalam.

    Sementara itu Afif turut menyatakan penghargaannya kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kerana melantiknya menjadi anggota baru MPT.

    “Saya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar membimbing dan mengurniakan hikmah-Nya kepada saya dalam menggalas tanggungjawab besar bagi memperkukuh dan memajukan parti pada masa mendatang.

    “Selain terus memperkukuh hala tuju dan asas perjuangan parti, perananan yang telah diberikan kepada saya ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi saya terus menjuarai isu rakyat terutamanya di dalam agenda membela kebajikan rakyat dan membangun polisi keterjaminan masa depan (future-proof) buat orang muda di Malaysia,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts