Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersatu gesa Idrus perjelas status kes mahkamah Zahid

    Bersatu gesa Idrus perjelas status kes mahkamah Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Peguam Negara, Idrus Harun, digesa segera menyatakan sama ada pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi akan digugurkan ataupun tidak.

    Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif. dalam kenyataan hari ini berkata Idrus wajar memberi penerangan pejabatnya menafikan wujud sebarang campur tangan politik atau tekanan dalam kes yang dibawa ke mahkamah setakat ini.

    Menurut Sasha Lyna, orang ramai juga berhak tahu mengapa Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju untuk memberi penangguhan yang lama buat untuk mereka mempertimbangkan representasi yang dibuat presiden Umno berkenaan dalam cubaannya menggugurkan pertuduhan berkenaan.

    “Sudah lebih empat bulan sejak representasi dibuat, mengapa Idrus masih tidak dapat memutuskannya?

    “Sudah tiba masanya dia berhenti bercakap perkara tidak penting mengenai kes Ahmad Zahid,” katanya.

    Bekas calon PN untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa itu menambah, keputusan Idrus adalah penting bagi mengelak kemungkinan kes berkenaan digugurkan dengan mengambil kira “kelangsungan” kerajaan perpaduan sekarang.

    Pada 1 Ogos, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu representasi dikemukakan Ahmad Zahid untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya belum diputuskan.

    Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC Mohd Dusuki Mokhtar berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan lanjut daripada Pasukan Petugas Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bukti baru yang dikemukakan pihak pembelaan.

    Ahmad Zahid, 70, mengemukakan representasi melebihi 200 halaman mengandungi isu kompleks yang dihantar kepada Idrus sebagai asas untuk pertimbangan.

    Representasi kali pertama dihantar Jan lalu manakala representasi baru dengan beberapa fakta serta bukti terkini dihantar kepada AGC kira-kira sebulan kemudian.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts