Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersatu: MP ada hak berperlembagaan tarik balik sokongan pada PM

    Bersatu: MP ada hak berperlembagaan tarik balik sokongan pada PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tindakan seseorang ahli parlimen menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah sebahagian daripada hak demokrasi, kata Bersatu.

    Timbalan Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-undang Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif berkata ia juga bukan seperti didakwa J-Kom yang menganggap usaha berkenaan sebagai perbuatan khianat.

    Mengulas mengenai dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Ismail Yusop, bahawa ada usaha menjatuhkan kerajaan, Sasha Lyna berkata, sama ada ia suatu yang benar atau sekadar khayalan, Bersatu amat mengejutkan apabila ia dilabel sebagai pengkhianatan.

    “Menukar kerajaan dengan menarik balik sokongan ahli parlimen bukanlah pengkhianatan, (sebaliknya) ia adalah tindakan demokrasi dan dibenarkan mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

    “Rungutan yang mengarut daripada J-Kom ini mengelirukan, jahil dan cuba memberikan gambaran yang salah tentang pembangkang secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sasha Lyna menegaskan, ahli parlimen bebas menyokong sesiapa sahaja yang mahu dipilih sebagai perdana Menteri malah mendakwa Anwar sendiri mengambil sikap itu sebelum ini.

    Katanya selama bertahun-tahun Anwar menjadi ketua pembangkang, dia membuat pelbagai percubaan ‘pintu belakang’ untuk menjatuhkan kerajaan.

    “Bagaimana ini dilakukan? Dengan mengadakan perbincangan dan rundingan bersama ahli parlimen (kerajaan). Adakah Anwar melakukan pengkhianatan ketika itu?” katanya.

    Semalam BH Online melaporkan wujud peranancangan pihak pembangkang – dan disertai segelintir pemimpin dari parti kerajaan – untuk sekali lagi menjatuhkan kerajaan di luar pilihan raya.

    Kali pertama langkah itu dibuat ialah pada Feb 2020 dan menyaksikan PH tumbang di sebalik mandat yang diterima mereka daripada rakyat melalui PRU ke-14.

    Tak tahu malu, munafik

    Memetik kenyataan Ismail, portal berita itu mendakwa peranancangan ‘Langkah Dubai’ itu dilakukan sewaktu pemimpin PN bercuti di Dubai baru-baru ini.

    ALSO READ:  Calon PH saran laluan khas pengundi kerja, duduk di S'pura

    Selain pemimpin PN, didakwa ada juga tokoh politik veteran dan berpangkat Tun bersekongkol dengan cubaan tersebut.

    Sasha Lyna juga berkata, amaran Ismail berhubung ‘Langkah Dubai’ menunjukkan bahawa kerajaan sudah bersedia untuk mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa untuk bertindak tegas terhadap pemimpin pembangkang.

    “Ini adalah ancaman kepada demokrasi berparlimen,” katanya.

    Sebagai unit propaganda kerajaan, kata Sasha Lyna, tindakan J-Kom mengancam pembangkang dengan label pengkhianatan juga dianggap sebagai langkah awal menuju kediktatoran.

    Ia juga, tambahnya, menunjukkan sejauh mana Anwar dan PH telah membelakangkan demokrasi.

    “Ia juga merupakan ukuran ketakutan dan keputusasaan mereka bahawa gabungan Madani yang goyah tidak akan bertahan lebih lama,” tambahnya.

    Selain itu Sasha Lyna mendakwa Anwar juga cuba meraikan sokongan ahli parlimen pembangkang, namun dia tidak menjelaskan lebih lanjut usaha terbabit.

    Bagaimanapun ia dipercayai merujuk kepada tindakan lima ahli parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    “Jika dan apabila ada ahli parlimen dari pihaknya (Anwar) yang hilang kepercayaan terhadap pentadbiran dan kepimpinannya, dan mencari alternatif lain yang lebih baik, mereka digelar sebagai pengkhianat dan lebih teruk lagi, pengkhianat.

    “Ini adalah sikap tidak tahu malu dan munafik,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts