Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersatu pecat dua wakil rakyat kerana berkempen untuk PH

    Bersatu pecat dua wakil rakyat kerana berkempen untuk PH

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bersatu memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta merta kerana menghadiri kempen Pakatan Harapan (PH) di Kuala Kubu Bharu malam tadi.

    Setiausaha Agung parti itu Hamzah Zainudin mendakwa kedua-dua mereka mesti mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan di kawasan yang dimenangi mereka.

    “Mereka bercakap di pentas PH semasa kempen di KKB. Mengikut perlembagaan kita (Bersatu), keahlian mereka dilucutkan secara automatik.

    “Mereka tidak lagi menjadi ahli parti, jadi mengikut undang-undang (antilompat parti), mereka juga mesti melepaskan kerusi mereka,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today (FMT).

    Hamzah memberitahu pemberita selepas ceramah Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama Batang Kali semalam.

    Menurut Hamzah, surat pelucutan keahlian kedua-dua mereka akan dikeluarkan selepas mesyuarat majlis tertinggi Bersatu minggu depan.

    Zulkapferi adalah antara enam Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini berikrar menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, demi kesejahteraan pengundi mereka.

    Lima lagi yang mengsiytiharkan sokongan kepada Anwar ialah, ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Manakala Abdul Rashid pula menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam dewan undangan Negeri.

    FMT melaporkan semasa ceramah itu, Zulkapferi menggesa pengundi menyokong calon PH Pang Sock Tao pada pilihan raya kecil 11 Mei, kerana mereka harus “belajar” daripada pengalamannya.

    Dia dilaporkan memberitahu orang ramai bahawa gaji bulanannya yang diperolehinya boleh habis “dalam masa seminggu” untuk menyumbang kepada majlis dianjurkan pengundi di Tanjong Karang serta membayar gaji kakitangannya.

    ALSO READ:  KDN rampas buku tentang Karl Marx, Koleksi Puisi Masturbasi

    Katanya, kekurangan dana daripada kerajaan juga menyebabkan beliau tidak dapat menganjurkan program yang memberi manfaat kepada rakyat.

    Rashid pula dilihat menyokong kempen PH di KKB sejak seminggu lalu, dan juga dijangka menyertai ceramah parti kerajaan itu malam ini, menurut FMT.

    Hamzah juga memberitahu pemberita bahawa Bersatu telah “mencapai keputusan” berhubung nasib Suhaili dalam parti, tetapi perkara itu perlu disahkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts