Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersatu tak desak diberi jawatan timbalan MB

    Bersatu tak desak diberi jawatan timbalan MB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Bersatu berasa selesa dengan kedudukannya sekarang sebagai rakan PAS dalam kerajaan di tiga Negeri PN dan tidak menganggap jawatan timbalan Menteri besar sebagai suatu keperluan.

    Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata parti itu tidak keberatan untuk sekadar mengisi jawatan exco di Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain berperananan di peringkat setempat.

    “Bersatu tidak membuat desakan itu (mengisi jawatan tertinggi pentadbiran Negeri) dan tiada peranancangan ke situ… cuma terbabit dalam exco dan kepemimpinan masyarakat seperti ahli majlis,” katanya yang dipetik BH Online hari ini.

    PN berjaya mengekalkan tiga Negeri yang memang ditadbirnya sebelum PRN berlangsung di Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos lalu.

    Walaupun gagal merampas tiga Negeri lain yang ditadbir oleh PH-BN, kedudukan PAS di tiga Negeri terbabit semakin kukuh.

    Di Kelantan, daripada 45 kerusi yang ada, PAS menguasai 40 berbanding hanya tiga oleh Bersatu, manakala komposisi PN di Terengganu menyaksikan PAS bertapak kukuh di 27 kerusi berbanding lima Bersatu.

    Sementara itu di Kedah PN memenangi 33 daripada 36 kerusi dengan Bersatu hanya menguasai 11 berbanding 22 PAS. Baki tiga lagi dimenangi PH.

    Sebelum ini wujud spekulasi mendakwa ada Adun Bersatu akan dilantik menjadi timbalan Menteri besar di Kelantan. Kerajaan Negeri terbabit pernah memiliki dua timbalan Menteri besar semasa PAS bekerjasama dengan Semangat 45 pada 1990.

    Razali berkata di Kelantan PAS sudah mengumumkan bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan Negeri akan diisi oleh calon dari parti berkenaan.

    Kata Razali ia diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

    Razali yang berjaya memenangi kerusi DUN Kijal pada Sabtu lalu berkata, Bersatu tidak menganggap usaha menuntut jawatan utama dalam kerajaan Negeri yang ditadbir PN sebagai penting.

    ALSO READ:  France's head of Notre-Dame renovation dies in accident while hiking

    Sebaliknya kata bekas senator itu, apa yang lebih utama ialah meneruskan kebersamaan dengan semua parti komponen PN.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts