Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersatu tak puas hati agihan jawatan exco Kedah - Laporan

    Bersatu tak puas hati agihan jawatan exco Kedah – Laporan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan Kedah dijangka mengangkat sumpah dalam barisan exconya esok (Isnin), tetapi Bersatu dilaporkan tidak berpuas hati dengan isu pembahagian jawatan. Memetik sumber, Berita Harian melaporkan Bersatu hanya akan mendapat tiga jawatan exco iaitu berkurangan berbanding jumlah jawatan yang dipegang sebelum ini.
    “Kami sangat kecewa dan kesal apabila dimaklumkan hanya diperuntukkan tiga jawatan exco sedangkan pada penggal lalu, kami diberikan lima jawatan (exco dan juga jawatan) Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
    “Kami tidak mahu apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu apabila hanya masing-masing satu jawatan exco diberikan kepada wakil Bersatu, sedangkan kami sama-sama bekerja untuk PN di Negeri terbabit,” kata sumber itu seperti dipetik Berita Harian.
    Percubaan Malaysiakini untuk mendapatkan pengesahan daripada Bersatu Kedah tidak berjaya, dengan sumber membayangkan dia tidak dibenarkan bercakap.
    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor juga belum menjawab permintaan untuk komen.
    Berita Harian melaporkan tiga Adun Bersatu yang akan dilantik menganggotai pentadbiran Negeri ialah Halimat Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), serta Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Mohd Salleh Saidin (Kubang Rotan).
    Pada pilihan raya Negeri minggu lepas, PN meraih majoriti besar apabila menang 33 dari 36 kerusi DUN di Kedah.
    Dari jumlah kerusi berkenaan, Bersatu memenangi 11 DUN, bertambah dari lima kerusi yang disandang parti itu sebelum pilihan raya.
    Satu kerusi turut dimenangi oleh Gerakan, yang menurut Sanusi mungkin mendapat satu jawatan exco.
    PAS pula memenangi 21 kerusi, yang disifatkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya pada satu kenyataan hari ini, sebagai satu kejayaan yang bersejarah.
    “PAS Negeri Kedah buat pertama kali pada sejarah penyertaannya dalam pilihan raya, telah berjaya mencapai kerusi melebihi majoriti mudah (DUN),” katanya.
    Hanya 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan di Kedah.
    PN berkuasa di Kedah pada 2020 selepas Adun Bersatu berpaling tadah daripada PH untuk menyokong PAS membentuk kerajaan Negeri baru.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts