Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersatu terkejut - ‘Gua Musang beritahu kami dah tolak habuan itu’

    Bersatu terkejut – ‘Gua Musang beritahu kami dah tolak habuan itu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bersatu Kelantan terperananjat dengan tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Pengerusi Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor mendedahkan bahawa Mohd Azizi memberitahu mereka bahawa dia ditawarkan habuan untuk berbuat demikian tetapi menolaknya.

    “Kenyataan ini betul datang daripada ahli Parlimen Gua Musang. Sangat mengejutkan saya. Pada Sabtu 4 Nov lepas, kita ada mesyuarat Bersatu Negeri.

    “Dia turut hadir dan memberitahu bahawa ada broker politik menawarkan sejumlah wang yang lumayan campur lain-lain manfaat jika buat kenyataan sokong perdana Menteri.

    “Dia kata telah menolak kesemua tawaran itu. Kami bahkan ucap tahniah kepadanya atas penolakan itu.

    “Jadi amat terkejut sekali bila diberitahu mengenai kenyataan di Facebook miliknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Mohd Azizi Abu Naim

    Ketua Penerangan Bersatu Kelantan Bahari Mohamad Nor juga memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mengucapkan tahniah kepada Mohd Azizi kerana mempertahankan prinsip untuk tidak beralih sokongan.

    “Jadi apabila dia buat pengumuman sebaliknya sudah pasti mengejutkan kami.

    “Jadi Bersatu Negeri akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara ini dan kita serahkan kepada pimpinan pusat untuk ambil tindakan sewajarnya,” katanya yang juga Adun Gual Ipoh.

    Mereka berkata demikian ketika diminta reaksi susulan pengumuman Mohd Azizi yang menyatakan sokongan kepada Anwar dan kerajaan persekutuan.

    Anwar Ibrahim

    Malaysiakini telah cuba menghubungi Mohd Azizi tetapi tidak berjaya kerana telefonnya dimatikan.

    Kamarudin juga berkata dia cuba menghubungi Mohd Azizi susulan pengumuman itu namun gagal.

    “Demikian juga telefon isteri dan pemandunya.

    “Jadi untuk sementara ini kita serah kepada pimpinan pusat untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya yang juga Adun Ayer Lanas.

    Dalam pengumuman malam tadi, Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri berkata dia menyokong inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

    ALSO READ:  Jadi PM? Saya bukan 'paloi', kata Abang Johari

    Tindakan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman menyatakan sokongannya kepada Anwar dan didahului oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

    Sebelum ini Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mendakwa terdapat ugutan terhadap ahli parlimennya supaya menyokong kerajaan dan sedang melengkapkan buktinya.

    SPRM yang didakwa membuat ugutan itu menafikannya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts