Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Bersatu tidak pernah panggil wakil rakyat PN berbincang isu peruntukan’

    ‘Bersatu tidak pernah panggil wakil rakyat PN berbincang isu peruntukan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dimaklumkan mengenai syarat yang kononnya diletakkan kerajaan untuk merunding peruntukan.

    Malah, kata Syed Abu Hussin, ahli Parlimen PN, termasuk dari Bersatu tidak pernah dipanggil untuk berbincang mengenai rundingan peruntukan kepada mereka seperti yang dimahukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Saya selalu juga bertanya kepada puncuk pimpinan kenapa tak runding, jawapan yang mereka bagi syaratnya ketat.

    “Apa syaratnya kita tidak dimaklumkan, malahan ahli Parlimen PN, Bersatu tidak dipanggil pun untuk menyatakan bentuk rundingan, jadi bagaimana kita nak terlibat.

    “Jadi kita ni memendam rasa, yang penting bagi kita ahli Parimen ialah suara rakyat, membela kawasan saya. Dah setahun berlalu, saya tak boleh bagi apa kepada mereka kecuali elaun yang saya dapat saya belanjakan habis,” katanya dalam satu wawancara bersama portal berita Malaysiagezatte.

    Pada 28 Nov lalu, Syed Abu Hussin mengumumkan sokongannya kepada perdana Menteri secara terbuka di Dewan Rakyat.

    Dia adalah ahli parlimen Bersatu kelima yang “berpaling tadah” dan meluahkan taat setia kepada kerajaan sehingga hari ini.

    Dalam wawancaranya, Syed Abu Hussin yang juga bekas wakil rakyat BN sebelum menyertai Bersatu turut menyatakan terdapat usaha PN untuk merampas kerajaan dalam tempoh setahun ini namun gagal.

    “Dalam tempoh setahun usaha-usaha untuk menukar kerajaan dibuat. Usaha-usaha untuk menarik penyokong-penyokong kerajaan dibuat oleh pucuk pimpinan PN.

    “Mungkin sebab itu mereka tak mahu minta, jadi kalau mereka boleh memujuk meminta supaya ahli-ahli Parlimen kerajaan datang menyokong PN, jadi mengapa tidak boleh ahli Parlimen PN memberi sokongan kepada kerajaan,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Modul PLKN tak seimbang, 90% ala tentera - MCA
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts