Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersih gesa Anwar mula reformasi SPR dengan lantik pengganti Ghani

    Bersih gesa Anwar mula reformasi SPR dengan lantik pengganti Ghani

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa supaya segera melaksanakan reformasi proses lantikan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutamanya bagi lantikan pengerusi.

    Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam kenyataan media hari ini memberi gambaran bahawa reformasi itu boleh dimulakan dengan lantikan pengerusi SPR bagi menggantikan Abdul Ghani Salleh yang akan bersara wajib pada Mei depan.

    Menurut badan pendesak reformasi itu, selain Abdul Ghani yang akan bersara sehingga kini SPR masih mempunyai satu kekosongan ahli suruhanjaya, iaitu ahli SPR bagi Sabah.

    Abdul Ghani Salleh

    “Bersih ingin menegaskan bahawa reformasi pelantikan ini adalah mustahak, tambahan lagi pengerusi SPR seterusnya berkemungkinan besar akan mempunyai tanggungjawab mengkaji dan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

    “Ahli-ahli SPR perlu dilantik melalui mekanisme yang telus, terbuka, berakauntabiliti dan inklusif bagi mendapatkan kepercayaan semua pihak berkepentingan terhadap kebebasan dan kemandirian SPR yang mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk melaksanakan pilihan raya dan persempadanan semula,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih.

    Bersih berkata dalam minggu terakhir persidangan Parlimen pihaknya masih belum melihat sebarang perkembangaan berkenaan agenda reformasi pilihan raya yang cuba diketengahkan pihak kerajaan melainkan pembentangan rang undang-undang (RUU) Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memberi autonomi kepada institusi parlimen yang dijangka akan dibentangkan Julai depan.

    Selain itu katanya, agenda reformasi pilihan raya bagi memperkukuhkan kebebasan institusi SPR dan memperkasa sistem pilihan raya di Malaysia masih lagi belum dititikberatkan oleh Kerajaan Madani dan sehingga kini masih dipandang sepi.

    “Bersih sebelum ini telah mencadangkan agar mekanisme pelantikan ahli-ahli SPR perlu melalui Jawatankuasa Tetap Pilihan Hal Ehwal Pilihan Raya (Standing Committee) agar proses tersebut dapat diteliti secara inklusif dan demokratik oleh ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang.


    “Kami juga mengingatkan bahawa manifesto pilihan raya kedua-dua Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa pelantikan bagi jawatan utama seperti pengerusi SPR akan melalui Jawatankuasa Parlimen,” kata kenyataan itu.

    ALSO READ:  MOF kaji cadangan perluas pengecualian CGT syarikat tak tersenarai Bursa

    Selain itu Bersih juga mempersoalkan apakah tindakan kerajaan dalam sudut reformasi pilihan raya khususnya melibatkan pelaksanaan kaedah baru bagi pengundi tidak hadir dan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

    “Kesediaan pihak erajaan dan SPR untuk melaksanakan kaedah baru bagi pengundi tidak hadir (absentee voters) bagi pengundi luar kawasan dan luar Negeri terutamanya bagi pengundi di Sabah dan Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjung.

    “Hal ini amat penting kerana pilihan raya Negeri (PRN) Sabah bakal dilangsungkan pada tahun hadapan dan pihak SPR perlu bersedia bagi menghadapi pilihan raya ini dan memudahkan pengundi-pengundi luar kawasan pulang mengundi di Sabah.

    “Bersih mencadangkan agar pengundi ini dibenarkan menjadi pengundi awal di tempat mereka bekerja atau belajar dengan SPR menyediakan satu pusat pengundian mega di setiap Negeri di Semenanjung, dan kiraan undi dibuat di pusat tersebut pada hari pengiraan undi,” kata badan itu lagi.


    Berkait pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya pula menurut Bersih, akta yang sedia adalah terlalu lapuk dan tidak dikemaskini sekian lama.

    Selain itu, jelasnya masih belum ada peruntukan untuk mengawal penggunaan sumber dan jentera kerajaan semasa pilihan raya serta keperluan audit perbelanjaan raya oleh calon pilihan raya dan parti politik.

    “Akta ini perlu direformasikan agar terus relevan dan menjadikan proses kempen pilihan raya lebih bersih dan adil.

    “Bersih berharap dan menggesa Kerajaan agar terus komited melakukan agenda reformasi khususnya reformasi pilihan raya dan reformasi insitutsi bagi memperkukuhkan demokrasi di Malaysia,” tambah Bersih lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts