Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersih: Kuasa NGO halang kerajaan Selangor beri duit raya di KKB

    Bersih: Kuasa NGO halang kerajaan Selangor beri duit raya di KKB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dapat dilihat ketika Bersih menghalang kerajaan daripada menyampaikan duit raya semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kuala Kubu Bharu menjelang pilihan raya kecil (PRK) di sana.

    Tetapi Pengarah Eksekutif Bersih Ooi Kok Hin menegaskan keperluan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai badan lain untuk menguatkuasakan undang-undang pilihan raya kerana NGO kekurangan kuasa penguatkuasaan.

    “Setakat itu saja kita boleh buat. Kita boleh mengadu, kita boleh buat laporan polis yang kita dah buat, lapor SPRM, kalau boleh, kalau ada rasuah, suapan dan sebagainya.

    “Tetapi kami tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan. Sebenarnya, SPR tidak mempunyai banyak kuasa penguatkuasaan.

    “Sebab itu Bersih sebenarnya menggesa pembentukan badan baru untuk penguatkuasaan,” katanya semasa sidang media di ibu pejabat Bersih petang ini.

    Pada 26 April lalu, Bersih berkata rumah terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Negeri Selangor di KKB adalah satu kesalahan pilihan raya.

    Ia mempersoalkan masa dan lokasi majlis itu serta penyampaian ‘duit raya’ dalam risalah program memandangkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu berlangsung pada hari berikutnya.

    Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menafikan dakwaan itu, berkata bahawa tiada unsur berkempen semasa acara itu kerana masa dan lokasi adalah kebetulan kerana penggiliran acara kerajaan Negeri.

    Tambahnya, agenda pemberian duit raya kepada para hadirin turut dibatalkan, walaupun disenaraikan dalam jemputan.

    Sementara itu, Bersih berkata isu seumpama itu akan dibincang

    dalam Kongres Bersih yang akan diadakan pada 25 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor.

    Acara itu akan digunakan sebagai platform untuk menghimpunkan CSO, pelajar dan orang ramai untuk merangka peranancangan dan resolusi menjelang pilihan raya umum ke-16.

    ALSO READ:  Perenang bertangan satu Carmen Lim perjuangkan atlet para

    Timbalan Pengerusi Bersih Wong Yan Ke berkata perkara ini berlaku berikutan kerajaan lambat dalam melaksanakan agenda reformasinya.

    “Kongres Bersih juga akan menampilkan tokoh intelektual dan aktivis masyarakat yang akan berkongsi pandangan dan bekerjasama dalam peranancangan bersama,” katanya.

    Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata kongres itu akan menghasilkan resolusi yang akan dikongsi bersama kerajaan dan pembangkang.

    Tambah Ooi, ia akan menjadi peluang kepada rakyat dan NGO untuk menetapkan hala tuju negara.

    Kira-kira 500 orang dijangka menghadiri kongres itu, kata Faisal.

    Satu platform akan dibuka kepada orang ramai untuk mengemukakan usul berkaitan empat kriteria: reformasi pilihan raya, hak asasi manusia, reformasi institusi, keharmonian kaum.

    Penceramah di kongres itu termasuk: bekas speaker Dewan Rakyat Ariff Md Yusof, bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan, Pengarang Urusan Sinar Harian Hussamuddin Yaacob, Presiden Gerakan Belia Islam Malaysia (ABIM) Fahmi Samsudin, Ketua Pegawai Operasi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Sri Murniati Yusuf dan lain-lain yang masih belum disahkan.

    Mereka yang berminat untuk hadir boleh mendaftar di pautan ini.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts