Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesBersih tidak tolak demo bantah hukuman Najib, butiran esok

    Bersih tidak tolak demo bantah hukuman Najib, butiran esok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes terhadap pengampunan separa yang diberikan kepada bekas perdana Menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan dalam penyelewengan dana SRC International.

    Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata kemungkinan tersebut telah dibincangkan pada mesyuarat semalam.

    Muhammad Faisal Abdul Aziz

    “Semasa mesyuarat semalam, kami menuju ke arah itu… tetapi kami perlu bina momentum terlebih dahulu,” katanya kepada Malaysiakini.

    Bersih akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu esok bersama-sama dengan beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan kumpulan pelajar serta kumpulan belia lain.

    Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa ia hukuman penjara Najib akan dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun.

    Manakala jumlah denda yang dikenakan ke atas bekas perdana Menteri itu pula dukrangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

    Najib Razak

    Najib kini meringkuk di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

    Hukuman 12 tahun dan sabitan itu dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    Susulan keputusan itu, Bersih kemudiannya menyelar Lembaga Pengampunan, dengan mengatakan ini akan memberi kesan besar kepada kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

    Bersih berkata keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2022 untuk mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib jelas menunjukkan dia telah “merompak wang negara”.

    Gabungan itu turut membangkitkan petisyen yang dilancarkannya pada 2022, di mana 157, 168 tandatangan dikumpul agar Najib tidak diberi pengampunan.

    Selepas sabitan Najib, bekas pemimpin Bersih 2.0 mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang turun ke jalanan dalam perhimpunan badan pemerhati untuk membantah walaupun pelbagai ancaman dan cabaran dilontarkan oleh kerajaan ketika itu.

    ALSO READ:  10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga

    Najib telah disabitkan dengan tujuh pertuduhan yang dikemukakan terhadanya kerana salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta.

    Najib juga sedang dibicarakan untuk kes lain termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang RM2.27 bilion 1MDB.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts