Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Bersihkan Islam daripada kekotoran politik'

    ‘Bersihkan Islam daripada kekotoran politik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dimartabatkan perlu mencakupi usaha pembersihan imej agama berkenaan daripada kaca mata politik. Mudir Akademi Pemikiran Turath al-Mustanir Penggerak Du`at Falah Malaysia Ahmad Faiz Mohd Khalil berkata usaha pembersihan itu antara perkara utama yang perlu dilakukan sekiranya mahu melihat agama Islam bukan sahaja dipandang tinggi, malah dihormati agama lain.

    Beliau berkata ia kerana kemurnian agama Islam di negara ini sudah lama terpalit dengan aktiviti politik kepartian yang tidak sepatutnya sehingga ada kefahaman yang membawa pepecahan dalam kalangan masyarakat, sekali gus memburukkan imej Islam. “Justeru dalam usaha kita mengangkat martabat agama, utamanya perlu kita memurnikan imej agama Islam kepada masyarakat lain di negara ini, betulkan persepsi yang salah, tunjukkan imej agama yang ideal, Islam yang bebas daripada mana-mana pihak berkepentingan,” katanya kepada Bernama.

    Sabtu lepas, Anwar menyatakan komitmen akan memastikan Islam sebagai agama Persekutuan terus dimartabatkan selain menyediakan peruntukan mencukupi bagi penganjuran program latihan dan pemahaman Islam malah beliau memberi jaminan bahawa setiap hak warganegara bukan Islam kekal terpelihara serta mendapat keselesaan hidup.

    Mengulas lanjut, Ahmad Faiz berkata hakikat politik yang dianjurkan di dalam Islam bukanlah bersifat kepartian, sebaliknya lebih tertumpu kepada pentadbiran yang dapat memelihara kebajikan dan kemaslahatan rakyat serta negara. Beliau berkata ia termasuk keperluan melantik pemimpin Muslim berintegriti dan kompeten selain membangun satu dasar negara yang meraikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun taraf sosial.

    “Apa yang berlaku sekarang, ada yang berpolitik dengan konsep ‘Machiavelli’, yakni menundukkan lawan dengan apa saja helah yang ada sehingga mengetepikan nilai akhlak malah menjadikan parti dan kumpulannya pemilik Islam yang mutlak. Kemudian melabel pula orang lain dengan perkataan-perkataan yang keji, ini contoh politik yang perlu kita asingkan daripada agama, perbuatan sesetengah kumpulan melakukan perbuatan ini kemudian membungkusnya dengan bungkusan agama akan merosakkan imej Islam yang mulia sebagai satu agama Allah yang suci dan sempurna,” katanya.

    ALSO READ:  Pilihan raya KKB pada 11 Mei

    Ahmad Faiz berkata kenyataan perdana Menteri untuk memartabatkan agama Islam juga merupakan satu bukti jelas bagi menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, terancam di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.”Ia juga satu isyarat membuktikan bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada pihak luar terhadap pentadbiran Kerajaan Persekutuan terutama melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

    Pada masa sama, Ahmad Faiz berharap perdana Menteri dapat mempergiat usaha dan inisiatif membawa ulama-ulama besar luar negara ke Malaysia bagi siri muzakarah bersama golongan ilmuwan di negara ini.

    Sementara itu, pakar agama daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin memberi saranan kepada Kerajaan Perpaduan supaya memberi fokus pada pemurnian kefahaman Islam serta melawan kefahaman ekstremisme, dalam usaha memartabatkan agama berkenaan dan menjamin kebajikan golongan bukan Islam.

    Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur‘an dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan itu berkata kerajaan perlu menolak kewujudan unsur agama atau beragama secara melampau. “Mengambil tindakan undang-undang terhadap ekstremisme agama tidak mencukupi tanpa melawan dan memurnikan gaya fahaman melampau dalam beragama sama ada dalam kalangan agamawan, pemimpin mahupun rakyat biasa,” katanya kepada Bernama.

    Ditanya sama ada akta berkaitan kesalahan jenayah syariah sedia ada perlu ditambah baik dalam memartabatkan agama Islam, Abu Hafiz berkata sistem Mahkamah Syariah seperti kepakaran hakim, pendakwaan serta siasatan jenayah syariah perlu diperkasakan sebelum ia dapat dilaksanakan. “Peningkatan tahap hukuman jenayah syariah akan gagal mencapai objektif utama sekiranya perkara teknikal berkaitan kehakiman di Mahkamah Syariah tidak diberikan perhatian terlebih dahulu atau setara dengan Mahkamah Sivil,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts